Wednesday, September 18, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 01/2013

Tarikh : 18 September 2013 (Rabu)
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia dan Kelab Menembak Pulau Pinang telah mengadakan Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 01/2013 bermula 18 September 2013 sehingga 22 September 2013 di Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kejohanan ini juga merupakan sebagai salah satu langkah kesinambungan program pembangunan menembak bagi menilai prestasi setiap atlet remaja di bawah Program Pelapis Unit Sukan Prestasi Negeri masing-masing.

Sebanyak 11 negeri telah mengambil bahagian iaitu Perak, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Sarawak, Sabah dan juga termasuk negeri tuan rumah iaitu Pulau Pinang. Jumlah atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah sebanyak 47 orang atlet lelaki dan 52 orang atlet wanita.

Sesi pendaftaran dan pemeriksaan peralatan telah dijalankan. Atlet juga telah membuat latihan rasmi menembak sebagai persediaan kejohanan. Taklimat dan mesyuarat pengurus pasukan berlangsung sekitar jam 5.30 petang.

Sebanyak 4 acara yang dipertandingkan iaitu 10M Air Pistol-Men, 10M Air Pistol-Woman, 10M Air Rifle-Men dan 10M Air Rifle-Woman. Setiap atlet perlu membuat tembakan sebanyak dua (2) kali iaitu bagi acara individu dan berpasukan. Sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada 21 September 2013 dan 22 September 2013. Hadiah pemenang akan disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Dato' Abdul Jalil Bin Abdullah.

Diharap atlet-atlet daripada pasukan Pulau Pinang dapat mempersembahkan prestasi yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved