Friday, September 27, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN MENEMBAK

Tarikh : 26 September 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang hingga 5.30 Petang
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang.

Kehadiran
1. Muhammad Ivarn Syazwan – JSM

Atlet
1. 3 orang atlet SUKMA
2. 7 orang atlet Pelapis

Latihan
1. Air Pistol Men
2. Air Pistol Woman
3. Air Rifle Woman

Ujian
1. Ujian Kecergasan (Fasa 1) Sukan Malaysia XVII, 2014 Perlis bagi sukan Menembak akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober 2013.

Pertandingan
1. Telah menyertai Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun Sirkit 1/2013 pada 18 hingga 22 September 2013 bertempat di Kelab Menembak Pulau Pinang.
2. Akan menyertai Kejohanan Menembak Kebangsaan 2013 & Sportexcel-NSC-MILO-NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2013 pada 9 hingga 13 Oktober 2013 bertempat di Lapang Sasar Menembak Subang, Selangor.

Kecederaan
1. Tiada

Peralatan
1. Senjata api tidak mencukupi.

Program Binaan

1. Talent ID telah dijalankan pada 28 Ogos 2013 bagi peringkat pertama dan 1 September 2013 bagi peringkat kedua.

Ulasan Ringkas

1. Kehadiran atlet baru untuk menjalani latihan sangat memberangsangkan dan mereka juga mendapat sokongan penuh daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
2. Senjata api 25M Pistol telah rosak dan senjata api tersebut perlu dibeli yang baru supaya atlet dapat berlatih dengan menggunakan senjata api jenis ini.
3. Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja (JKK) Sukan Malaysia XVII, 2014 Perlis (MSNPP) bagi sukan Menembak telah diadakan pada 26 September 2013.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved