Friday, September 6, 2013

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA UUM 2013

Tempat : Lapang Sasar Memanah Pusat Sukan UUM, Sintok, Kedah.
Tarikh : 5hb September 2013 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 12.30 Tengahari.

Hari ini kesemua pemanah menghadapi pusingan kelayakan bagi kategori individu lelaki dan wanita (70m dan 50m). Acara pertama adalah Recurve Lelaki dan wanita dan selepas itu diikuti dengan acara compound Lelaki dan wanita. Seramai 36 pemanah mengambil bahagian untuk acara Recurve Wanita. Manakala bagi Recurve Lelaki menyaksikan penyertaan seramai 83 pemanah.

Berikut disertakan laporan prestasi atlet-atlet negeri Pulau Pinang:

PUSINGAN KELAYAKAN 1

Recurve Wanita:

1. Syarfa Zulaikha - 285 (Tempat ke-3/36)
2. Siti Fatimah - 264 (Tempat ke-8/36)

Recurve Lelaki:

1. Muhammad Faris - 279 (Tempat ke-31/83)
2. Quak Ting Sheng - 243 (Tempat ke-59/83)
3. Jerome Ham Jie Hao - 240 (Tempat ke-60/83)
4. Lim Kar Hoe - 224 (Tempat ke-68/83)

Esok dijadualkan akan berlangsung pusingan kelayakan ke 2. Diharap pemanah-pemanah ini mampu memperbaiki kedudukan masing-masing.

Sekian, Terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved