Sunday, September 22, 2013

LAPORAN HARI KETIGA KEJOHANAN MENEMBAK REMAJA KEBANGSAAN BAWAH 16 TAHUN, SIRKIT 01/2013

Tarikh : 21 September 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi - 1.00 Tengahari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang
Acara : 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan) dan 10M Air Pistol - Men (Berpasukan)

Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 pada hari ketiga 21 September 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi. Acara yang dipertandingkan ialah acara 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan) dan acara 10M Air Pistol - Men (Berpasukan). Pasukan dari negeri Pahang telah mengungguli kedua-dua acara apabila berjaya memenangi pingat emas bagi kedua-dua acara yang dipertandingkan.

Adalah dimaklumkan bahawa pasukan dari negeri Terengganu telah mendapat kebenaran daripada Chief Range Officer (CRO) untuk menembak lebih awal bagi acara 10M Air Rifle - Woman (Berpasukan) dan 10M Air Rifle - Men (Berpasukan) kerana pasukan dari negeri Terengganu perlu pulang lebih awal disebabkan masalah pengangkutan. Mata untuk pasukan negeri Terengganu bagi acara tersebut juga tidak akan dikira.

Setelah kedua-dua acara yang dipertandingkan selesai, sesi penyampaian pingat diadakan pada pukul 1.00 petang. Pingat pemenang dan sijil penyertaan bagi setiap negeri disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sukan Negara (MSN) Dato' Abdul Jalil Bin Abdullah, Encik Ooi Thai Seng Setiausaha Kelab Menembak Pulau Pinang, Encik Amran Setiausaha Kelab Menembak Johor, Encik Felix Ho selaku Technical Delegate dan turut dibantu Encik S. Subramaniam selaku Chief Range Officer (CRO). Penyampaian pingat diberi kepada pemenang bagi acara Air Pistol - Men (Individu), Air Pistol - Woman (Individu), Air Rifle - Men (Individu), Air Rifle - Woman (Individu) dan Air Pistol - Men (Berpasukan).

Berikut merupakan keputusan penuh bagi acara-acara yang dipertandingkan pada hari ketiga Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013 :-

Acara 10M Air Pistol - Woman (Berpasukan)
Emas - Pahang (1042 Mata)
Perak - Johor (1011 Mata)
Gangsa -Pulau Pinang (999 -Mata)

Acara 10M Air Pistol - Men (Berpasukan)
Emas - Pahang (1614 Mata)
Perak - Terengganu (1586 Mata)
Gangsa - Johor (1584 Mata)

Sekian sahaja laporan pada hari keempat Kejohanan Menembak Remaja Kebangsaan Bawah 16 Tahun, Sirkit 01/2013. Terima kasih. 


Laporan disediakan oleh
Azira Binti Azizan

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved