Tuesday, October 26, 2010

SESI PENDIDIKAN PSIKOLOGI SUKAN TENPIN BOLING

Selaku PPN USPTN Sukan Tenpin Boling, selain dari memantau perjalanan Latihan Teknikal dan Skill, satu tindakan yang diambil untuk mengetahui kelemahan/kekurangan atlet dari tahap kekuatan mental, dengan kerjasama ISNPP telah berjaya mengadakan Sesi Pendidikan Psikologi bagi Atlet Sukan Tenpin Boling di Cawangan Pelapis yang dikelolakan oleh Cik Nur Diana Binti Abu Hassan [Pegawai Belia & Sukan - Psikologi] dari Pusat Satelit Institute Sukan Negara negeri Pulau Pinang seperti berikut.

SESI PERTAMA :

Tarikh : 5 Oktober 2010 [Selasa]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Mendedahkan atlet kepada Psikologi didalam sukan.
2. Mendidik atlet mengenai kepentingan Psikologi Sukan dalam membantu prestasi sukan
mereka.
3. Mendidik atlet mengenai Motivasi serta jenis-jenis motivasi

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 13 orang [Program Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

SESI KEDUA :

Tarikh : 7 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 malam

Objektif :
1. Menjalani Ujian keatas atlet untuk melihat perkara/keadaaan yang menggangu prestasi atlet semasa sesi latihan ataupun pertandingan.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 12 orang [Cawangan Pelapis]
Kehadiran JSM : 1 orang [Albert Yeoh Seng Poh]

SESI KETIGA :

Tarikh : 14 Oktober 2010 [Khamis]
Masa : 6.30 petang hingga 7.30 petang

Objektif :
1. Medidik atlet tentang Konsentrasi serta kepentingannya didalam sukan.
2. Menguji tahap konsentrasi atlet.

Tempat : Bilik Mesyuarat Mega Lanes Prai, Pulau Pinang.
Kehadiran Atlet : 15 orang [Cawangan Pelapis dan Skuad SUKMA]
Kehadiran JSM : 2 orang [En. Albert Yeoh Seng Poh dan Pn. Nooriani]

Perancangan untuk bulan November 2010 seperti berikut :

1. 11 November 2010 [Khamis]
2. 18 November 2010 [Khamis]
3. 25 November 2010 [Khamis]

Program ini akan berterusan mengikut kelapangan waktu dari pihak ISNPP. Kesempatan waktu ini diambil untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak ISNPP atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved