Tuesday, October 26, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN - BADMINTON

Tarikh : 25 Oktober 2010 [Isnin]
Masa : 5.45 petang hingga 6.30 petang
Tempat : PLN Dewan Badminton PBA Bukit Dumbar, Pulau Pinang.

Kehadiran Atlet : 8 orang
Kehadiran JSM : Tony Tan Gim Hin

Hasil dari Pemantauan :

PPN - Perjumpaan bersama atlet dan perbincangan bersama Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang, En. Tony Tan Gim Hin dan JPM Razlan tentang Permohonan Penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] bagi tahun 2011 dan sasaran jumlah atlet di dalam Cawangan Pelapis bagi tahun 2011.

JPM - Memaklumkan Program TID bagi atlet sediada dan yang baru telah berlangsung pada 14 - 15 Oktober 2010 dan 18 - 20 Oktober 2010 di PLN Dewan badminton Bukit Dumbar, Pulau Pinang. Program ini dikendalikan oleh JPM dengan kerjasama JSM dan wakil Persatuan.

PPN - Memaklumkan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Pulau Pinang akan membincangkan perkara Permohonan Penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] kepada Ketua Unit di peringat negeri dan seterusnya kepada Pengurus Cawangan Pelapis di peringkat Pusat.

PPN - Memohon kepada Setiausaha Kehormat Persatuan mengeluarkan satu surat sokongan dan memaklumkan sebab-sebab kepada permohonan penambahan Jurulatih Sambilan [JSM] bagi tahun 2011 dan menyerahkan kepada PPN dengan kadar segera.

PPN - Merbincangan bersama Setiausaha Kehormat Persatuan dan JPM Razlan tentang sasaran jumlah atlet Cawangan Pelapis bagi tahun 2011.

JPM & SU - Memaklumkan jumlah yang disasarkan bagi tahun 2011 adalah seramai 50 - 55 atlet.

Di akhir pemantauan mendapati JSM Tony mengadakan perbincangan bersama-sama atlet.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil








1 comments:

Anonymous,  December 10, 2010 at 12:00 AM  

sya hairuzzaman bin abdullah..berusia 20 tahun ingin mnjadi pelapis badminton negare...sya tggal di ampang....no.tel 0176383592

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved