Friday, October 22, 2010

PROGRAM TID DI SEKOLAH-SEKOLAH

1. Program TID SMK Bukit Gambir.

Tarikh : 18 Oktober 2010
Masa : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Melibatkan Sukan : Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir : Tingkatan Empat

Laporan ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju. Dari maklumbalas yang diterima dari JLN Pak Jhonny tidak ramai murid yang berminat untuk menceburi Sukan Tinju.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis. Mengambil kesempatan waktu ini untuk mendapatkan maklumat murid-murid yang terlibat dengan Sukan Tenpin Boling dari guru yang menyelia sukan tersebut. Sambutan yang baik diberikan oleh guru tersebut. Akan membuat tindakan susulan selanjutnya.

2. Program TID SMK Jelutong.

Tarikh : 20 Oktober 2010
Masa : 1.30 tengahari hingga 2.45 petang
Melibatkan Sukan : Silat Olahraga/Tinju/Taekwondo
Murid yang hadir : Dari Tingkatan Satu hingga Lima

Laporan ringkas :

Program diatas dikelolakan oleh MSNPP, mewakili USPTN untuk Sukan Tinju. Hasil dari perbentangan mendapati seramai 17 murid yang mendaftar untuk Sukan Tinju. Taklimat kepada murid-murid dilakukan oleh Jurulatih Rozali.

Akan memaklumkan kepada murid-murid tarikh untuk memulakan latihan selepas berbincang dengan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP.

Memperkenalkan diri kepada guru-guru yang hadir dan memaklumkan jenis-jenis sukan yang ada di Cawangan Pelapis.

Pertanyaan yang diajukan oleh guru untuk sukan Badminton, bagaimana untuk mendapatkan khidmat Jurulatih dan tempat latihan.

Memohon guru tersebut untuk memaklumkan kepada USPTN berapa orang murid yang berminat untuk menceburi sukan Badminton dan akan berbincang dengan pihak Persatuan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved