Saturday, October 30, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - update

Sukan : Menembak
Venue : Lapangsasar Mantin

Pasukan bertolak ke lapang sasar Mantin pada jam 7.10 pg dan tiba pada jam 7.40 pg. Semua atlet bersarapan dilapang sasar dan pada hari ini cuaca amat baik sekali.Hari ini merupakan hari pertama kejohanandan acara yang dipertandingkan adalah 10M Air Rifle Wanita dan 10M Air Pistol Lelaki.

Air Rifle Wanita bermula tepat pada jam 9.00 pg dan 3 orang atlet kita iaitu Nur Dayana,Syaza Amirah dan Julia Syazana mengambil bahagian dalam acara individu dan berpasukan.Pada jam 12 tghari pula 2 orang atlet Ahmad Farez dan Leow Xu-En mengambil bahagian dalam acara 10M Air Pistol Lelaki.Dalam acara ini mereka hanya bertanding dalam kategori individu sahaja kerana kekurangan seorang lagi atlet untuk acara berpasukan.Kedua-dua acara ini berjalan lancar dengan bantuan jurulatih-jurulatih dari setiap negeri yang masing-masing menggalas tugas sebagai Jury,rsnge officer dan juga classification officer.
Keputusan pada hari ini amat memuaskan dimana pasukan Air Rifle Wanita kita telah merangkul pingat gangsa dengan pungutan 1080 mata dimana masing-masing membidik 374,363 dan 343 mata.Ini adalah kali pertama ketiga mereka meraih pingat dan kejohanan ini adalah yang kedua bagi mereka dimana mereka menyertai pertandingan pada kali pertamanya di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada bulan September yang lalu.

Bagi acara individu pula,atlet Nur Dayana telah layak ke pusingan akhir dan berada di kedudukan ke-5 daripada 25 penembak.Dalam saingan akhir ini,Nur Dayana telah membidik markah tertinggi diantara semua pesaing dan menaikkan ranking ke tempat ke-4.

Untuk makluman tuan,Nur Dayana merupakan pemembak paling muda yang memasuki peringkat akhir dalam acara ini.Bagi acara 10M Air Pistol Lelaki pula,Ahmad Farez telah membidik 497 mata dan Leow Xu-En pula membidik 433 mata,masing-masing berada ditempat yang ke-18 dan 29.Ini adalah kali pertama kedua-dua mereka mengambil bahagian dalam kejohanan.Pasukan meninggalkan lapang sasar pada jam 4.30 petang sebaik sahaja tamat acara pada hari ini.
Laporan Oleh : Ivarn Syazwan, JPM Menembak






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved