Saturday, May 22, 2010

SESI PSIKOLOGI ATLET TENPIN BOWLING

Tarikh : 19hb Mei 2010 [Rabu]
Sesi Psikologi : 4.00 petang hinggan 5.45 petang
Tempat : Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Hadir : Atlet 10 (8 dari Cawangan Pelapis)
Pegawai Psikologi Sukan ISNPP (Cik Nur Diana Abu Hassan)

Sampai ditempat Latihan pada pukul 4.00 petang dan kelihatan atlet-atlet telah sedia menunggu untuk menjalani sesi psikologi bersama pegawai yang bertugas.

Sesi psikologi ini merupakan kali yang keempat dan kali pertama diadakan di Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kelihatan atlet memberi tumpuan dan kerjasama dengan pegawai psikologi sepanjang sesi dijalankan.

Selaku Penyelaras yang memantau pada hari tersebut dan mendapati Pusat Boling Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam tidak sesuai untuk menjalankan sesi psikologi terutama bila melibatkan perbincangan kerana suasana yang terlalu bising dan tiada tempat yang khas untuk digunakan.

Perkara ini telah pun dibincangkan dengan Pengurus Pasukan dan Pegawai Psikologi untuk tidak mengadakan sesi psikologi [sesi perbincangan] di Ampang Super Bowl, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pembelian bola boling untuk atlet talah pun dibuat dan kelihatan Pengurus Pasukan dan Jurulatih Luar Negara berada didalam PRO-SHOP untuk menguruskan "Ball Drilling".

Sesi psikologi berakhir dengan sesi "profiles of mood states test" dan bersurai pada pukul 5.45 petang. Kepada pihak ISNPP, terima kasih atas sokongan dan bantuan dalam menjayakan sesi ini.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved