Monday, May 31, 2010

SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN NEGERI PULAU PINANG KE SUKAN MALAYSIA XIII 2010 MELAKA

Program : Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA XIII 2010 Melaka
Masa : 3.30 pm – 6.00 pm
Tempat : Dewan Majlis Silat Negeri Pulau Pinang

Final Countdown. Dengan tinggal lebih kurang seminggu berlangsungnya Sukan Malaysia XIII 2010 di Melaka, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera kepada Pengurus-Pengurus Pasukan dan Ketua Kontinjen.

Sempena Majlis ini, semua atlet dan pengurus-pengurus pasukan dianggarkan dalam 500 orang berkumpul di Dewan Majlis Silat Negeri seawal jam 8.00 pagi untuk Bengkel Bina Semangat Berpasukan yang dikelolakan oleh ISN Satelit PP dengan bantuan Mr. Edwards de Silva. Sesi ini tamat pada jam 1.00 petang.

Seterusnya semua atlet, pengurus dan keseluruhan Kontinjen Negeri Pulau Pinang masuk semula ke Dewan Majlis Silat Negeri pada jam 3.30 untuk Majlis Penyerahan Bendera. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Bagi memeriahkan Majlis, Pasukan Sorak Kontinjen Pulau Pinang dari SMK Convent Canossa, Melaka & Agensi Angkat Kontinjen iaitu Jabatan Penjara Negeri Melaka juga dijemput hadir. Turut dijemput adalah pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Go For Gold !!

Selamat Maju Jaya ..





























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved