Tuesday, May 11, 2010

KEJOHANAN SKUASY - CIMB RAISING STAR NATIONAL JUNIOR CIRCUIT 2010 (3RD LEG)

Tarikh : 5 - 10 Mei 2010
Tempat : Gelanggang Skuasy Majlis Sukan Pahang, Kuantan, Pahang.
Atlet : 14 orang [5 lelaki - 2 Caw. Pelapis dan 9 wanita - 3 Caw. Pelapis]
Jurulatih : Khoo Teng Hin dan Keshmindaer Singh

5hb Mei 2010 - 9.00 pagi bertolak dari Majlis Sukan Negeri dengan menaiki Coaster MSNPP dan sampai di Hotel Grand Continental 5.45 petang. Selepas makan malam, pada 10.30 malam Pengurus Pasukan [Khoo Teng Hin] & Jurulatih [Keshmindaer Singh] mengadakan mesyuarat untuk membincangkan program keesokan harinya. Mesyuarat ini merupakan rutin setiap malam untuk pengurus pasukan dan jurulatih membincangkan program keesokan hari dan atlet-atlet membentangkan prestasi mereka setiap hari sepanjang kejohanan.

6hb Mei 2010 - 1.30 tengahari berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari pukul 2.30 petang dan tamat pada 9.00 malam.

7hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

8hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan. Kejohanan bermula dari 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

9hb Mei 2010 - 7.30 pagi telah berangkat ketempat pertandingan dan kejohanan bermula 8.00 pagi. Pada sebelah petang menghadapi masalah gangguan letrik dan beberapa pertandingan terpaksa dibatalkan kerana negeri-negeri yang terlibat terpaksa balik menaiki bas express mengikut masa yang telah ditetapkan pukul 3.00 petang . Pasukan Pulau Pinang bertolak dari tempat pertandingan terus balik ke Pulau Pinang dari 3.30 petang dan sampai pukul 12.00 tengah malam. Menguruskan atlet sehingga 12.30 malam.

10hb Mei 2010 - 1.30 pagi baru sampai di Seberang Jaya, Seberang Perai kesesakan jalan atas jambatan.

Kategori yang di pertandingkan bawah umur 9, 11 dan 13 tahun lelaki dan wanita. Atlet Cawangan Pelapis hanya mengambil bahagian untuk kategori bawah 11 tahun wanita dan bawah 13 tahun lelaki dan wanita.

Jumlah keseluruhan peserta :

Bawah umur 11 tahun wanita : 44 peserta
Bawah umur 13 tahun lelaki : 59 peserta
Bawah umur 13 tahun wanita : 45 peserta

Keputusan Atlet Cawangan Pelapis :

Kategori Bawah 11 Tahun Wanita :

1. Nur Natasha Nabila [PL Tin Club] - Tempat Kelima

Kategori Bawah 13 Tahun Lelaki :

1. Ong Sze Kuan [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Tiga Belas
2. Amitaesh Thevananthan [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Dua Puloh

Kategori Bawah 13 tahun Wanita :

1. Sara Chew [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Sebelas
2. Nur Aliah [PLN Bukit Dumbar, PP] - Tempat Ke Lima Belas


Bersama-sama ini di lampitkan gambar-gambar yang sempat di ambil. Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Laporan Oleh : Fatimah Jamil












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved