Saturday, May 15, 2010

KEM MOTIVASI ATLET MENEMBAK

Tarikh : 15 May 2010
Tempat : Pusat Kegiatan Sukan Air (PKSA), Tg. Bungah

Seramai 17 orang atlet menembak Pelapis dan SUKMA berkumpul pada hari ini di Pusat Kegiatan Sukan Air, Tanjung Bungah untuk Kem Motivasi ini. Program sehari ini dipenuhnkan dengan sesi ‘team building, ‘self confidence’ serta aktiviti-aktiviti yang memerlukan kerjasama secara berkumpulan. Ini bagi menerapkan semangat sepasukan dikalangan atlet-atlet ini.

Semua aktiviti laut (kayak) yang dijalankan dipantau sepenuhnya oleh dua (2) orang staff PKSA yang mahir dalam aktiviti berkenaan. Keselamatan atlet amat diutamakan.

Atlet-atlet dilihat santai dan gembira dengan penganjuran kem sehari ini yang mana dapat melupakan seketika ‘tekanan’ dilapangsasar menembak. Kem seumpama ini akan diteruskan lagi untuk sukan-sukan lain pada masa akan datang.















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved