Saturday, May 29, 2010

LAPORAN PEMANTAUAN PLN - TENPIN BOWLING

Tarikh : 25 Mei 2010 [Selasa]
Masa : 8.00 malam hingga 9.30 malam
Tempat : PLN Mega Lanes Prai, Pulau Pinang
Hadir : Atlet - 10 dari 30 atlet.
JSM : 3 orang

Hasil dari pemantauan :

Mendapati seramai 10 orang atlet yang hadir pada hari tersebut. 8 atlet Cawangan Pelapis telah di pilih untuk ke Skuad Sukan Malaysia dan menjalani latihan di Ampang Superbowl, Bukit Mertajam dan yang lain tidak dapat menghadiri latihan kerana persiapan peperiksaan dan menghadapi peperiksaan.

Selain JSM dari Cawangan Pelapis yang melatih atlet yang hadir, saya dapati dua orang bekas pemain tenpin boling sedang mejalani sesi "attachment training" untuk mendapatkan Sijil Spesifik Sukan Tenpin Boling Tahap Satu. Ini satu tindakan yang baik dari pihak Persatuan yang dalam proses penyediakan jurulatih sebagai pelapis dimasa akan datang.

Sesi latihan berjalan dengan lancar di bawah kelolaan ketiga-tiga jurulatih.

Mengadakan perjumpaan bersama atlet dan keluarga yang akan berangkat ke Pahang pada 27 Mei 2010 ke Kejohanan Sportexcel-NSC-MILO-MTBC Sirkit Kebangsaan [Pahang Leg].

Mengadakan perjumpaan bersama JSM dan hal-hal yang dibincangkan seperti berikut : -

1. Laporan Bulanan - memaklumkan kepada JSM ada peningkatan, diharap dapat memperbaiki lagi dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

2. Elaun JSM - pertanyaan dari pihak JSM bilakah elaun mereka akan dibayar. Memaklumkan kepada JSM akan membincangkan perkara ini kepada KUN.

3. Akan mengadakan satu mesyuarat/perjumpaan bersama keluarga atlet selepas berakhirnya Sukan Malaysia XIII 2010, Melaka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Laporan Oleh : Fatimah Jamil










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved