Wednesday, May 5, 2010

KECEDERAAN ATLET ANGKAT BERAT - MOHD AIZAT ZAINI

Dukacita dimaklumkan bahawa Atlet Angkat Berat (Pelapis Serantau dan SUKMA Negeri Pulau Pinang) , Mohd Aizat B. Zaini telah mengalami Kecederaan Lutut Kanan sewaktu menjalani latihan di Pusat Latihan Angkat Berat, Pelapis Serantau, Bukit Mertajam pada 03/05/2010 (Isnin) yang lalu.

Saya telah membuat pemeriksaan awal terhadap beliau dan seterusnya merujuk perkara ini kepada Doktor di Klinik Chong Dispensary (Klinik Panel MSNPP) untuk pemeriksaan lanjut. Saya telah menemani atlet tersebut untuk mendapatkan rawatan susulan di sana. Setelah pemeriksaan dan ujian Sinar X-ray dilakukan, beliau hanya mengalami kecederaan tisu lembut (soft tissue injury)-Lateral Collateral Ligament dan memerlukan masa lebih kurang 2-3 minggu lebih untuk pulih.

Antara nasihat yang diberi kepada beliau adalah seperti berikut:

1. Rehatkan bahagian anggota yang cedera selama lebih kurang 2 minggu daripada menjalani latihan angkat berat
2. Melakukan Rawatan Ais secara kerap.
3. Menjalani rawatan electrotherapy (sonotron) di Klinik Chong Dispensary secara kerap.
4. Menjalani latihan rawatan pemulihan (rehab exercise)- jadual program telah diberi kepada atlet untuk dilakukan.
5. Memakai crutches (tongkat) yang dipinjamkan kepada beliau selama 1-2 minggu bagi membantu pergerakan lain.
Laporan Oleh : Nor Azian Khalid






0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved