Monday, March 26, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN BERBASIKAL

Tarikh : 25 Mac 2018 (Ahad)
Masa : 5.00 petang hingga 7.00 petang
Tempat  : Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Fazli Hisam Mohd Zainol Abidin (PPN)
2. Munir Ismail  (JSM MSNPP / Setiausaha Persatuan Berbasikal Pulau Pinang)
3. Atlit Pelapis (4 Perempuan)

LATIHAN
1. Latihan jalanraya bagi atlet baru dibatalkan berikutan jalan basah akibat hujan lebat.

UJIAN
1. Tiada.

PERTANDINGAN
1.Akan menyertai kejohanan CIMB JCM Criterium- series 2 pada 29 April – 01 April 2018 bertempat  Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru.

KECEDERAAN
1. Dua atlet iaitu Kham Hwan Min  dan Chan Jie Ming  yang terlibat pada JCM lepas  dan ketika latihan masih berehat sehingga dibenarkan semula untuk menyertai latihan. Mereka kini terlibat dalam proses pemulihan

PERALATAN
1. Melalui bantuan peralatan kecil, pihak persatuan bersetuju untuk membeli seat bagi menggantikan seat yang telah rosak.
2. Pihak Persatuan akan memohon tambahan basikal kepada pihak MSNPP bagi menampung kehadiran atlit-atlit baru.

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. Sesi latihan pada hari ini khusus kepada atlet yang baru manakala atlet lama menjalani latihan disebelah pagi (latihan jalanraya)
2. Program Pencarian Bakat seterusnya akan dijalankan pada April diikuti Mesyuarat JKK Bil 1/2018 dan Ujian Kecergasan.
3. Secara keseluruhan semua berjalan dengan baik.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved