Wednesday, March 7, 2018

LAPORAN KEJOHANAN GIMRAMA MSSPP 2018

Tarikh : 5 hingga 6 Mac 2018
Tempat : Akademi Gimrama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang

Kejohanan Gimrama MSSPP 2018 berlangsung pada 5 hingga 6 Mac 2018. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari telah dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP). Jumlah penyertaan peserta tahun ini adalah 60 orang pelajar wanita. Seramai 10 orang atlet pelapis Pulau Pinang turut menyertai MSSPP pada tahun ini.  Kejohanan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Undang-Undang Gimnastik Malaysia (PGM), Undang-Undang Gimnastik MSSM, dan Peraturan-Peraturan Am MSSM. Kejohanan ini dijalankan untuk menilai prestasi atlet antara sekolah-sekolah dalam negeri Pulau Pinang dalam masa yang sama jurulatih menjalankan talent scouting semasa pertandingan berlangsung. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Jimnastik Amatur Pulau Pinang iaitu Dato Tan Gin Soon.

Berikut merupakan keputusan rasmi kejohanan :-


0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved