Monday, March 12, 2018

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI 2018

 Tarikh : 8 Mac 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Padang Sekolah SMK Seri Pagi, Senawang

Seramai 324 pemanah termasuk jurulatih dan pegawai dari seluruh negeri serta kelab berdaftar telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Memanah Karnival Bakat Pelapis Negeri 2018 yang bermula 7 Mac 2018 dan akan berakhir 10 Mac 2018. Kejohanan ini merupakan kejohanan dwi tahunan dimana Negeri Sembilan dipilih sebagai penganjur kejohanan. Kejohanan akan mempertandingkan 2 kategori umur iaitu Recurve Lelaki & Wanita 14-15 tahun & Recurve Lelaki & Wanita 11-13 tahun. Kejohanan kali ini menggunakan format Double 50M (14-15 tahun) & Double 30M (11-13 tahun), Perseorangan Individu dan berpasukan.

Pasukan Pulau Pinang membariskan 9 orang pemanah (2 lelaki & 7 wanita) untuk kejohanan kali ini. Sesi sightest dapat dijalankan selama 30 minit bermula 8.00 pagi dan tepat 9.00 pagi kejohanan rasmi bermula mengikut sequence A,B,C dan D.

KEJOHANAN HARI PERTAMA (PAGI)
RECURVE MEN
DOUBLE 50M (14-15 TAHUN)
Emas - Syafeeq Mohd Zakir Hussin (WP) - 1/619
Perak - Muhamad Hafiz Abd Rhoni (KDH) - 2/614
Gangsa - Wan Mohamad Firdaus Wan Mohd Fadzli (SEL) - 3/610
- Pasukan Lelaki Pulau Pinang tidak menghantar pasukan untuk kategori ini.

RECURVE WOMEN
DOUBLE 50M (14-15 TAHUN)
Emas - Nur Rafiqa Izzlyn Zaidi (PHG) - 1/618
Perak - Siti Nurhuril Ain Junaidi (SBH) - 2/581
Gangsa - Nur Najwa natasya Zaini (KDH) - 3/577
Lee Rou Xuan Carmen (PEN) - 12/533
Ang Rou Qian (PEN) - 21/484

KEJOHANAN HARI PERTAMA (PETANG)
RECURVE MEN
DOUBLE 30M (11-13 TAHUN)
Emas - Ahmad Hariz Hakim (JOH) - 1/615
Perak - Muhammad Azim Zamani (WP) - 2/613
Gangsa - Muhamad Danial Mohd Akhbar (KED) - 3/607
Lye Ewe Chang (PEN) - 19/563
Goh Tze Hsiang (PEN) - 54/461

RECURVE WOMEN
DOUBLE 30M (11-13 TAHUN)
Emas - Lim She Ying (SWK) - 1/616
Perak - Ku Nurin Afiqah (KED) 2/604
Gangsa - Afza Nur Humayraa (KED) 3/604
Bernice Goh Rou Pei (PEN) - 21/548
Clara Lee Rou Yue (PEN) -24/546
Lim Fang Hui (PEN) - 31/524
Deepa Mohana Sundaram (PEN) - 33/522
Kristen Lee Khang Wen (PEN) - 35/511

Esok kejohanan akan diteruskan dengan acara Perseorangan Individu Recurve Men & Women bagi kedua-dua peringkat umur.

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved