Monday, March 19, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Tarikh : 16 Mac 2018 (Jumaat)
Masa : 7.00 pm - 9.00 pm
Tempat : Akademi Gimnastik Artistik Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

KEHADIRAN
1. Tan Teik Jin - JSM USPTNPP
2. Foong Kok Seng - JPM MSNPP
3. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 15 Orang

LATIHAN
1. Flexibility
2. Floor Exercise
3. Parallel Bar

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan MSSM Sukan Gimnastik Artistik yang akan berlangsung pada 20 hingga 24 Mac 2018 di Pahang
2. Kejohanan Remaja Kebangsaan Gimnastik Artistik Siri 1/2018 pada 20 hingga 22 Mac 2018 di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

KECEDERAAN
1. Tiada

PERALATAN
1. Tiada

PROGRAM BINAAN
1. Tiada.

ULASAN RINGKAS
1. PPN memohon jurulatih untuk menjaga keselamatan dan kebersihan gimnasium memandangkan pada hari minggu dijalankan kelab gimnastik artistik oleh pihak persatuan kerana peralatan yang berada dalam gimnasium perlu dijaga rapi untuk latihan skuad prestasi tinggi.
2. Pada hari ini jurulatih memaklumkan hanya 5 orang atlet TID yang berjaya sehingga peringkat hari ini daripada 13 orang atlet yang hadir pada sesi pertama mereka.
3. Jurulatih memaklumkan mereka masih memantau latihan atlet baru ini bagi memilih yang terbaik serta ujian mengenalpasti bakat baru fasa 2 akan dijalankan tidak lama lagi oleh jurulatih untuk peringkat seterusnya.
4. Elemen latihan yang diberikan oleh jurulatih kepada atlet baru amat dititikberatkan bagi menarik minat mereka di dalam sukan ini serta memberikan fokus yang lebih kepada mereka untuk mendapatkan hasil yang baik daripada ujian mengenalpasti bakat yang lepas.
5. PPN juga telah menyerahkan 5 unit palm guard kepada jurulatih untuk kegunaan gimnas. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Sukan Negara diatas bantuan yang diberi.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved