Monday, March 12, 2018

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN MEMANAH KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI 2018

Tarikh : 10 Mac 2018 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Padang SMK Seri Pagi, Senawang

Hari terakhir kejohanan diteruskan lagi dengan acara Recurve Berpasukan Lelaki & Wanita 14-15 tahun dan 11-13 tahun. Kejohanan dimulakan dengan latihan rasmi selama 30 minit sebelum saingan sebenar untuk semua pemanah bermula tepat jam 10.00 pagi.

Untuk makluman, Pasukan Memanah Pulau Pinang hanya layak bagi acara Recurve Berpasukan Wanita (11-13 Tahun) pada hari terakhir kejohanan. Pertandingan hari ini diteruskan dalam keadaan cuaca yang baik.

Berikut disertakan keputusan penuh pada hari terakhir pertandingan.

RECURVE BERPASUKAN LELAKI (14-15 TAHUN)
Emas : Johor
Perak : Sabah
Gangsa : Selangor

RECURVE BERPASUKAN WANITA (14-15 TAHUN)
Emas : Kedah 
Perak : Selangor
Gangsa : Sabah

RECURVE BERPASUKAN LELAKI (11-13 TAHUN)
Emas : Johor
Perak : Selangor
Gangsa : Wilayah Persekutuan

RECURVE BERPASUKAN WANITA (11-13 TAHUN)
Emas : Kedah 
Perak : Sarawak
Gangsa : Selangor

PUSINGAN 1/16
Pasukan Pulau Pinang vs Pasukan Sabah
- Pasukan Pulau Pinang layak ke pusingan 1/4 selepas mengalahkan pasukan Sabah dengan kiraan mata 6-0.

PUSINGAN 1/4
Pasukan Pulau Pinang vs Pasukan Selangor
- Pasukan Pulau Pinang tidak dapat meneruskan ke pusingan seterusnya apabila kalah pada pasukan Selangor dengan kiraan mata 0-6.

Secara keseluruhan, Pasukan Memanah Pulau Pinang tidak memungut sebarang pingat pada pertandingan kali ini. Ketiadaan sebarang pingat tidak mematahkan semangat pemanah-pemanah untuk terus berusaha menjalani latihan untuk mencapai kejayaan. Ini titik noktah kepada pemanah untuk berjuang hingga ke titisan terakhir pada kejohanan yang akan datang. 

Tahniah kepada Pasukan Johor menjadi johan keseluruhan pada kejohanan kali ini dengan kutipan 5 emas, 2 perak dan 1 gangsa. 

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved