Friday, April 14, 2017

LAPORAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT (TID) SUKAN MENEMBAK

Tarikh : 13 April 2017 (Khamis)
Masa : 9.30 Pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SMK Perempuan Sri Mutiara Pulau Pinang
Kehadiran : 2 Pegawai, 2 Jurulatih, 1 Atlet

Program pencarian bakat baru (TID) sukan menembak telah dijalankan pada 13 April 2017. Seramai 70 pelajar telah hadir pada hari tersebut termasuk guru – guru dan murid-murid tingkatan 1 wanita. Program hari ini dimulakan dengan penerangan program sukan menembak di bawah USPTN. Pelajar-pelajar diberitahu bagaimana cara untuk memulakan karier sebagai seorang atlet bermula dari bangku sekolah hingga ke peringkat kebangsaan.Setelah taklimat ringkas disampaikan oleh penyelaras, jurulatih mengambil tempat dengan memulakan penerangan latar belakang sukan menembak. Taklimat merangkumi pencapaian atlit, jadual latihan serta beberapa elemen yang perlu ada bagi seorang untuk menjadi atlet negeri.

Objektif TID dibuat untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan menembak bagi menambahkan lagi saingan sesama sendiri ketika menjalani latihan. Beberapa ujian telah dijalankan antaranya Ujian mata,triggering,balance & time reaction,pernafasan & push up. Data atlit berkenaan akan dianalisa oleh jurulatih sebelum memutuskan siapa yang layak untuk ke fasa seterusnya. 

Di akhir program,satu sesi perbincangan bersama Puan pengetua berkenaan hala tuju atlit.selain itu juga pihak USPTN mencadangkan pihak sekolah untuk menubuhkan kelab menembak. Dengan tertubuhnya kelab ini,secara tidak lansung dapat membekalkan atlet kepada PulauPinang.Program pencarian bakat baru (TID) sukan menembak akan diteruskan sepanjang bulan April ke beberapa buah sekolah khusus didalam pulau.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh
Fazli Hisam Bin Mohd Zainol Abidin

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved