Monday, April 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TINJU SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 1/2017

Tarikh : 27 hingga 31 Mac 2017
Tempat : Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu

Pasukan Tinju Pelapis Pulau Pinang telah menyertai Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Kebangsaan 1/2017 yang telah berlangsung pada 27 hingga 31 Mac 2017 di Mydin Mall Gong Badak, Terengganu. Penganjuran pada siri 1/2017 ini mempertandingkan  dua kategori umur iaitu 15-16 tahun dan 17-18 tahun. Kategori berat badan yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-

Kategori 15-16 tahun
1. Pin weight (46 kg)
2. Light Fly (48 kg)
3. Fly (50 kg)
4. Bantam (53 kg)
5. Feather weight (54 kg)
6. Light weight (57 kg)
7. Light Welter (60 kg)
8. Welter (63 kg)
9. Light Middle (66 kg)

Kategori 17-18 tahun
1. Light fly (49 kg)
2. Fly (52 kg)
3. Bantam (56 kg)
4. Light (60 kg)
5. Light welter (64 kg)
6. Welter (69 kg)
7. Middle (75 kg)
8. Light heavy (81 kg)
9. Heavy (91 kg)

Keseluruhan seramai 113 orang peninju telah mengambil bahagian pada kejohanan ini. Pasukan Pulau Pinang telah diwakili oleh 12 orang peninju dan telah memperoleh 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 2 pingat gangsa. Berikut adalah senarai pemenang pingat negeri Pulau Pinang bagi setiap kategori :

Kategori 15-16 tahun

Light fly (48 kg)
Emas - Sheikh Rahmatullah Ibrahim (P.P)
Perak - Muhammad Faeizuddin Che Mat (Trg)
Gangsa - Md Riduan B Md Razli (Kel)

Feather weight (54 kg)
Emas - Wan Muhammad Aminuddin (Trg)
Perak - Muhammad Haziq Nazri (P.P)
Gangsa - Muhammad Haizad Johan (Joh)
Gangsa - Muhd Zulkarnain (Prk)

Bantam (52 kg)
Emas - Abdul Sukor Azaruddin (Sel)
Perak - Muhammad Imdad Ahmad (Prk)
Gangsa - Kirubagaran a/l Paramesvaran (P.P)
Gangsa - Safwan Mazlan (Ked)

Light welter (60 kg)
Emas - Daanisriwaran a/l Muniandy (Ked)
Perak - Jordan Dee (Sab)
Gangsa - Avinash Sithambaran (P.P)
Gangsa - Abdul Basith Ahmad Khir (N.S)

Kategori 17-18 tahun

Welter (69 kg)
Emas - Muhd Asuad Muhd Halim (P.P)
Perak - Muhammad Adam Arman (WP)
Gangsa - Wan Muhammad Hanif (Trg)
Gangsa - Aidil Amer (Jhr)

Bagi kategori umur 15-16 tahun pasukan Pulau Pinang menduduki tangga ketiga keseluruhan bagi pungutan pingat dengan mengumpul 1 emas, 1 Perak, 2 Gangsa. Manakala bagi kategori umur 17-18 tahun menduduki tangga kelima dengan pungutan satu pingat emas.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved