Friday, April 28, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PPN BAGI SUKAN SKUASY

Tarikh : 27 April 2017 (Khamis)
Masa : 5.15 pm hingga 6.30 pm
Tempat : Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David (NDISC), Bukit Dumbar.

KEHADIRAN
1. Khoo Teng Hin (JPM)
2. Muhammad Ammar  (JSM)
3. Aaron Soyza (JPM MSNPP)
4. Puan Nursyafiqah Bt Salamat - PPN

ATLET
1. 18 orang

LATIHAN
1. Feeding - Working backhand length
2. Pressure Feeding - 2 corners
3. Drills : One side, drive-drop & drive-boast-drop
4. Matchplay

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 yang sedang berlangsung bermula hari ini sehingga 30 April 2017.

PERALATAN
1. Peralatan latihan adalah hak milik atlet sendiri

PROGRAM BINAAN
1. Tiada

ULASAN
1. PPN melakukan pemantauan latihan pada sebelah petang setelah selesai Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 pada hari pertama dimana beberapa orang atlet sahaja menyertai kejohanan pada hari dan peserta yang lain masih menjalani latihan seperti biasa.
2. PPN memohon jurulatih untuk memberikan laporan kejohanan pada setiap kejohanan yang disertai dimana setiap jurulatih perlu mempunyai satu laporan dan format laporan akan diberikan melalui email.
3. Jurulatih memaklumkan pada kejohanan yang lepas, 1st Leg CIMB Rising Star Junior Circuit 2017 pada 5 hingga 9 April hanya dua orang atlet dari pasukan pelapis Pulau Pinang memenangi tempat keempat iaitu Kuhen Manimaran kategori lelaki bawah 11 tahun dan June Loke Qian Ting wanita bawah 13 tahun. Seramai 12 orang atlet menyertai kejohanan ini dan atlet yang lain mempunyai peningkatan.
4. Selain daripada itu, jurulatih juga memaklumkan pada Kejohanan Squash 8th CIMB Foundation National Junior Circuit 2017 kali ini hanya 22 orang atlet pelapis menyertai.

Sekian,Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved