Tuesday, April 25, 2017

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN SEPAKTAKRAW KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017

KEJOHANAN : KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 1/2017
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA MSNPs
TARIKH : 20 HINGGA 23 APRIL 2017
SUKAN : SEPAKTAKRAW

LATAR BELAKANG
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri Siri 1/2017 ini diadakan untuk memberi pendedahan kejohanan di peringkat umur bawah 15 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan Kebangsaan.  Kejohanan ini  melibatkan 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik Artistik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju dan Gimrama.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan-sukan yang dipertandingkan untuk melayakkan diri ke kejohanan peringkat atasan seperti Sirkit Remaja Kebangsaan.

KANDUNGAN
Kejohanan Karnival Bakat Pelapis Negeri kali ini hanya dijalankan sekali pada tahun ini dimana hak penganjuran diselia sepenuhnya oleh Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis Sukan Negeri Perlis dan Persatuan Sukan Negeri.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1625 orang yang terdiri daripada 1366 orang atlet dan 259 orang pegawai dan jurulatih.  Sebanyak 8 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 5 peringkat  umur iaitu 7 hingga 15 tahun. 

PENYERTAAN
Pasukan Pulau Pinang telah menghantar penyertaan bagi sukan Sepaktakraw yang melibatkan Regu Bawah 13 tahun, Regu Bawah 14 tahun dan Regu Bawah 15 tahun. Pasukan Pulau Pinang tidak menghantar Regu Bawah 12 tahun pada karnival kali ini. Kesemua negeri telah mendaftar secara rasmi untuk pertandingan kali ini.

KEPUTUSAN PENUH SECARA KESELURUHAN
BAWAH 12 TAHUN
EMAS : KEDAH
PERAK : KELANTAN
GANGSA : PERLIS B
GANGSA : PERLIS A

BAWAH 13 TAHUN
EMAS : MELAKA
PERAK : SELANGOR
GANGSA : PAHANG
GANGSA : JOHOR

BAWAH 14 TAHUN
EMAS : NEGERI SEMBILAN
PERAK : SELANGOR
GANGSA : KELANTAN
GANGSA : JOHOR

BAWAH 15 TAHUN
EMAS : JOHOR
PERAK : PULAU PINANG
GANGSA : WILAYAH PERSEKUTUAN
GANGSA : SELANGOR

PENUTUP
Secara keseluruhan pasukan Pulau Pinang telah membawa balik 1 pingat Perak bagi kategori Bawah 15 tahun. Satu pencapaian yang membanggakan dan memuaskan kepada semua atlet yang menyertai kejohanan kali ini walaupun yang bertanding merupakan atlet-atlet baru dan tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan Kebangsaan. Para atlet juga telah menunjukkan prestasi yang di luar jangkaan pada setiap permainan. Pihak Unit mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur diatas penganjuran dan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Semoga kejohanan kali ini adalah sebagai medan untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya pada masa akan datang. "BAK KATA PEPATAH - USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Sekian, Terima Kasih.

Laporan Penuh Dari Kangar Perlis.

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved