Wednesday, September 28, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PPN KE PLN BOLING PADANG

Tarikh : 27 September 2016 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Kompleks Sukan Bertam, Pulau Pinang

KEHADIRAN
1. Noor Aini Binti Ahmad - JSM USPTNPP
2. Nursyafiqah Binti Salamat - PPN

ATLET
1. 300 Orang

LATIHAN
1. Tiada

UJIAN
1. Tiada

PERTANDINGAN
1. Kejohanan Majlis Sekolah-Sekolah Pulau Pinang yang sedang berlangsung pada 26 hingga 28 September 2016 di Kompleks Bertam Pulau Pinang. Sebanyak 12 buah sekolah yang menyertai kejohanan pada kali ini dengan penyertaan seramai 300 orang murid.

KECEDERAAN
1.Tiada

PERALATAN
1. Satu quotation untuk pembelian bowls telah diterima dan dalam proses pembelian.
2. Pihak MPSP telah memberi maklumbalas kepada MSNPP berkenaan kos yang diperlukan untuk membaiki green lawn bowls sebanyak RM12,000.00. Namun pihak MPSP masih tidak mengambil apa-apa tindakan disebabkan kekangan bajet yang perlu dikeluarkan.

PROGRAM BINAAN
1. Ujian Kecergasan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan dijalankan pada 6 Oktober 2016 jam 5.00 petang hingga 7.00 malam.

2. Klinik Pengenalan Sukan Boling Padang Siri 1/2016 yang akan berlangsung pada 8 Oktober 2016 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

ULASAN RINGKAS

1. Penyertaan MSSPP Boling Padang pada kali ini amat memberangsangkan walaupun hanya 12 sekolah menyertai. Namun begitu, penyelaras sukan JPNPP turut memaklumkan sekolah di daerah SPU dan SPT memberikan penyertaan yang memberangsangkan jika ingin dibanding dengan sekolah di daerah lain. 
2. PPN dan jurulatih juga turut menjalankan talent scouting semasa pertandingan berjalan bagi memilih murid yang berbakat untuk berada dalam skuad pelapis Pulau Pinang.
3. Kejohanan pada kali ini mempunyai 2 kategori iaitu lelaki dan wanita dibawah umur 15 tahun dan 18 tahun. 
4. PPN juga turut berbincang dengan wakil JPNPP untuk membangunkan lagi sukan boling padang dalam masa yang sama boleh mewakili negeri mahupun kebangsaan. 
5. Seramai 32 orang atlet pelapis memasuki kejohanan MSSPP pada kali ini dan keputusan penuh akan dimaklumkan oleh jurulatih pada 29 September 2016.

Sekian, Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved