Monday, September 26, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA DAERAH NEGERI PULAU PINANG FASA 2/2016

Tarikh : 24 September 2016 (Sabtu)
Tempat : Gelanggang Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Kejohanan Taekwondo Antara Daerah Fasa 2/2016 adalah program pembangunan sukan taekwondo di peringkat akar umbi. Pertandingan fasa kedua ini telah dianjurkan oleh Majlis Sukan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS). Lima pasukan daerah seluruh negeri Pulau Pinang mengambil bahagian iaitu Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut dan Barat Daya. Seramai 128 orang peserta telah mengambil bahagia yang terdiri daripada 73 (lelaki) dan 55 (perempuan). Hanya dua acara dipertandingkan iaitu melibatkan categori Super Cadet (9-11 tahun L/W) dan Cadet (12-14 tahun L/W). Keputusan kejohanan ini adalah seperti berikut :

1. Seberang Perai Tengah - 11 Emas, 8 Perak, 9 Gangsa
2. Barat Daya - 9 Emas, 16 Perak, 11 Gangsa
3. Timur Laut - 5 Emas, 4 Perak, 9 Gangsa
4. Seberang Perai Utara - 5 Emas, 1 Perak, 0 Gangsa
5. Seberang Perai Selatan - 2 Emas, 7 Perak, 6 Gangsa

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan penghargaan kepada Majlis Sukan Daerah Seberang Perai Selatan dan Taekwondo Negeri Pulau Pinang atas kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved