Sunday, June 30, 2013

KEJOHANAN PIALA REMAJA MILO RANKING MASTER - 3RD LEG 2013

Tarikh : 29 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat : Ampang Superbowl, Central Square, Sungai Petani.

Kejohanan Piala Remaja MILO Ranking Master – 3rd Leg 2013 adalah kejohanan peringkat remaja Negeri bagi Zon Utara yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan dwi tahunan yang dianjurkan oleh pihak Persatuan Tenpin Bowling Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 5 sirkit akan dijalankan sebelum memilih peserta yang layak untuk ke Grand Final.

Kejohanan kali ini mempertandingkan 4 kategori iaitu Bawah 12 Tahun, Bawah 16 Tahun, Boys Open dan Girls Open. Berikut jumlah penyertaan bagi setiap kategori.

Bawah 12 Tahun - 33 orang
Bawah 16 Tahun - 29 orang
Boys Open - 16 orang
Girls Open - 9 orang

Penyertaan kali ini amat memberangsangkan walaupun saingan sirkit berbaki 2 leg sebelum menuju ke pusingan terakhir iaitu Grand Final yang dijangka bermula selepas menjelang hari raya.

Berikut disertakan keputusan terbaik bagi sirkit ketiga :-

Bawah 12 Tahun
1. Emas - Muhammad Hariz Adlan Bin Azman (PNG) - total 1161 /ave 190.17
2. Perak - Muhammad Zharfan Bin Shahdi (PER) - total 1002/ave 167.00
3. Gangsa - Megat Zahrul Haiqal (PNG) - total 999/ave 166.50

Bawah 16 Tahun

1. Emas - Ahmad Aiman Bin Ahmad Mazlan (KDH) - total 1575/ave 196.9
2. Perak - Muhamad Khairul Harisin Md Khairi (KDH) - total 1555/ave 194.4
3. Gangsa - Muhd Haziq Mohd Ridzuan (KDH) - total 1481/ave 181.4

Girls Open

1. Emas - Fatin Azmira (PRK) - total 1585/ave 198.13
2. Perak - Nur'ain Mustaffa (NS) - total 1547/ave 193.38
3. Gangsa - Nur Fadhlin Arisya (PRK) - total 1473/ave 174.13

Boys Open
1. Emas - Wan Zuhairi Izlan (PER) - total 1636/ave 204.5
2. Perak - Mohd Farhan Azri (PRK) - total 1616/ave 197.6
3. Gangsa - Ahmad Zulkarnian Ahmad Mazlan (KED) - total 1593/ave 194.8

Sekian, Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved