Saturday, June 22, 2013

KEJOHANAN 4TH PENANG DURIAN MASTER 2013

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang

Seramai 70 orang pemain dari 5 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah mengesahkan penyertaan secara rasmi pada Kejohanan 4th Penang Durian Master 2013 yang berlangsung di Penang Bowl, Lebuh Farquhar, Pulau Pinang dengan anjuran Persatuan Tenpin Bowling Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang. Tidak ketinggalan untuk memberi saingan pada kejohanan kali ini adalah penyertaan daripada negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Setiap pemain yang berdaftar perlu bermain sebanyak 12 games sebelum pihak penganjur memutuskan seramai 24 orang pemain layak secara automatik ke pusingan kedua dan seterusnya ke step ladder sebelum memnentukan siapa sebagai pemenang. Pusingan kedua dan step ladder akan berlangsung pada keesokkan hari (23 Jun 2013 – Ahad).

Kejohanan kali ini turut menampilkan beberapa nama besar seperti Shalin Zulkifli yang mewakili negeri Selangor. Skuad Pulau Pinang juga turut menghantar pemain dari Skuad Sukma 2014 iaitu Nur Amirah Auni, Toh Yih Sheng dan Toh Yih Hong bagi memberi saingan kepada pemain-pemain lain.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved