Wednesday, June 26, 2013

LAPORAN PERJUMPAAN PPN BERSAMA JURULATIH AFTER SCHOOL PROGRAM (OLAHRAGA) - SMK TASEK

Tarikh : 25 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : SMK Tasek, Seberang Perai Selatan

Kehadiran:

1. En. Paramasivam A/L Subramaniam – Jurulatih
2. En. Suhairi Bin Othman – Pegawai Pembangunan Negeri (PPN)

Satu sesi perjumpaan bersama Jurulatih dan Penyelaras Sukan untuk After School Program 2013 telah diadakan. Perbincangan ini dibuat tentang penyambungan kontrak Jurulatih sedia ada iaitu En. Paramasivam A/L Subramaniam sebagai JSM. Beliau telah menyatakan persetujuan untuk terus menyambung khidmat sebagai Jurulatih bagi program ini.

Selain itu, antara yang turut dibincangkan ialah mengenai perancangan untuk menambah seorang lagi Pembantu Jurulatih di Pusat Latihan SMK Tasek. Juga dimaklumkan bahawa atlet untuk program ini bakal menyertai sama ada Kejohanan Olahraga Terbuka Pahang atau Terbuka Perak yang berkemungkinan dijadualkan pada bulan September 2013.

Jurulatih Program, En. Paramasivam turut mengusulkan untuk memohon pembelian peralatan seperti skipping, medicine ball dan mini hurdle untuk kegunaan sesi latihan. Oleh itu, pihak USPTN akan menimbangkan cadangan-cadangan yang telah diberikan.

Sekian, Terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved