Friday, June 7, 2013

KEJOHANAN ANGKAT BERAT TERBUKA KEBANGSAAN 2/2013

Tarikh : 7 hingga 9 Jun 2013
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban, Pulau Pinang

Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kebangsaan 2/2013 sedang berlangsung selama 3 hari bermula 7 hingga 9 Jun 2013. Pada kejohanan kali ini sebanyak 17 pasukan terdiri daripada negeri/kelab mengambil bahagian. Penyertaan atlet adalah seramai 49 orang atlet lelaki dan 24 orang atlet wanita. Objektif kejohanan ini merupakan medan pemilihan atlet angkat berat ke Temasya Sukan SEA Myanmar 2013 yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini.

Berikut dilampirkan jadual kejohanan :

7 Jun 2013 (Jumaat)

Wanita (9.00 pagi)
Kat 48 kg
Kat 53 kg

Lelaki (11.00 pagi)
Kat 56 kg
Kat 62 kg

Lelaki (3.00 petang)
Kat 69 kg

8 Jun 2013 (Sabtu)

Wanita (9.00 pagi)
Kat 58 kg
Kat 63 kg

Wanita (2.30 petang)
Kat 69 kg
Kat 75 kg
Kat +75 kg

Lelaki (11.00 pagi)
Kat 77 kg
Kat 85 kg

9 Jun 2013 (Ahad)

Lelaki (9.30 pagi)
Kat 94 kg
Kat 105 kg

Lelaki (11.30 pagi)
Kat +105 kg

Kepada warga Pulau Pinang dijemput hadir untuk memberi sokongan disamping memeriahkan kejohanan yang berlangsung.

Sekian, Terima Kasih

Laporan disediakan
Mohd Suhaimi Bin Md Salleh

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved