Tuesday, July 2, 2013

LAPORAN PERLAWANAN LIGA FAM 2013 - PULAU PINANG VS HARIMAU MUDA C

Tarikh: 30 Jun 2013 (Ahad)
Masa: 4.45 petang
Tempat: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Pada perlawanan kali ini menyaksikan pasukan tuan rumah Pulau Pinang melayan kunjungan Harimau Muda C di stadium Bandaraya. Pulau Pinang yang telah dinobatkan selaku Juara Liga FAM untuk musim ini walaupun liga masih berbaki dua perlawanan.Keputusan perlawanan ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2. Pulau Pinang berjaya mendahului lawan menerusi 2-0 pada awal permainan. Namun, sebaik bermula babak kedua menyaksikan kebangkitan pasukan muda kebangsaan menjaringkan 2 gol dan mengikat keputusan seri.

Perlawanan ini bermula pada pukul 4.45 petang, sebaik wisel permulaan ditiup Pulau Pinang mendapat suntikan awal apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke sepuluh permainan oleh Norizam Salaman. Sebelum tamat separuh masa pertama, ketua pasukan Pulau Pinang Elias Sulaiman menambah satu lagi gol untuk melebarkan kedudukan kepada 2-0. Gol itu terhasil dari sepakan percuma cantik selepas pemain Pulau Pinang dikasari lawan.

Pada minit ke 48 pemain Harimau Muda C, Gusti Ishak merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol pertama pasukan. Pasukan Harimau Muda C terus mengasak bertali arus dan hasilnya pada minit 61 usaha mereka membuahkan hasil. Jaringan kedua pasukan Harimau Muda C dijaringkan oleh Amirul Hisham. Kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.

Perlawanan terakhir liga dijadualkan pada 5 Julai 2013, Pulau Pinang bakal bertandang ke Stadium Hang Tuah untuk menentang Melaka. Perlawanan terakhir ini hanya sebagai pelengkap jadual liga untuk pasukan Pulau Pinang yang telah pun dinobat selaku Juara liga FAM 2013. Sekali gus akan beraksi di Liga Perdana pada musim 2014.

Tahniah dan selamat maju jaya buat pasukan Pulau Pinang.

Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh,
Mohamad Suhairi Bin Othman

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved