Tuesday, November 6, 2012

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT MENEMBAK PELAPIS NEGERI 2012, PENANG - 4th DAY

Tarikh : 4 November 2012 (Ahad)

Pergerakkan atlet adalah seperti biasa & diteruskan dengan aktiviti kecergasan senaman ringan diadakan di Botanical Garden.

Sesi berikutnya bermula pada jam 9.00 pagi, atlet diberi penerangan sebelum  latihan dimulakan. Kemudian atlet dibahagikan mengikut acara dan latihan hari ini diketuai jurulatih seperti berikut:

Acara Rifle

En Mohd Ivarn Syazwan – Rifle Lelaki
En. Subari Ariffin - Rifle Wanita

Acara Pistol

Pn. Galina Stefanova - Pistol Wanita
En. Lanahon Ambok Selepa – Pistol Lelaki

Jenis latihan dan ujian spesifik yang adakan ialah :

1. Trigering
2. Grouping
3. Shoot Without Target
4. Position
5. Focus
6. Breathing

Sesi seterusnya, atlet diberi penerangan undang-undang baru sukan menembak dan menonton video world champ shooting technique melalui laptop. Kesemua jurulatih telah berbincang untuk mengadakan kejohanan pada esok 5 /11/2012 dan hari akhir pada 6/11/2012 kejohanan akhir.

Ahmad Firdaus Yusoff












0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved