Thursday, November 1, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN KEJOHANAN LAWN BOWLS PEMBANGUNAN MSSPP 2012

Tarikh Kejohanan : 30 & 31 Oktober 2012
Tempat : Kompleks Sukan MPSP

Pihak saya telah membuat pemantauan di kejohanan tersebut pada 31 Oktober 2012 jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang. Ia dijalankan selama 2 hari (Selasa & Rabu). Ia adalah anjuran Unit Sukan MSSPP sepenuhnya. Sebanyak 17 sekolah menengah & 8 sekolah rendah mengambil bahagian pada kejohanan pembangunan ini. Seramai 287 pelajar telah menyertai kejohanan ini dengan pecahan 131 lelaki dan 156 wanita. Kejohanan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu 12 tahun ke bawah, 14 tahun kebawah dan 16 tahun ke bawah.


Semasa pemantauan, sedang berlangsung nya acara separuh akhir lelaki dan wanita bawah 14 tahun. Diharap dengan adanya kejohanan2 seperti ini dapat membantu pelapis mendapatkan atlet2 yang baik untuk digilap bakatnya. Dan diharap juga, hubungan diantara pihak Unit Sukan MSSPP bersama pelapis dapat ditingkatkan lagi di masa akan datang demi memajukan sukan boling padang ini supaya pelajar yang mempunyai bakat & minat tidak lenyap begitu sahaja. Semoga usaha & hasrat kerajaan untuk menjadikan satu murid satu sukan dapat dicapai dan seterusnya membantu ke arah kecemerlangan sukan dan melahirkan pelajar yang pintar, sihat dan cergas dan minat bersukan.

Shasha Tarmuzi







0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved