Thursday, November 1, 2012

CARIAN BAKAT BARU SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK

Program : TID Sukan Gimnastik Artistik
Tarikh : 31 Oktober 2012 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 12.30 t/hari

Program ini dijalankan dengan tujuan untuk mencari bakat-bakat baru yang boleh digilap sekaligus untuk diketengahkan di peringkat negeri dan seterusnya. Pihak Pelapis dengan kerjasama Jurulatih telah mengambil insentif dengan mengadakan satu siri pencarian bakat / talent id di peringkat tadika. Ini kerana,sukan gimnastik memerlukan atlet yang masih muda dengan sasaran umur 5 & 6 tahun sahaja.

2 buah tadika telah memberikan komitmen dengan memberi peluang & ruang kepada pihak pelapis untuk mengadakan sesi pemilihan kali ini. Tadika yang terlibat adalah Xiang Yang Daycare Centre & Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad. Kedua-dua tadika ini berhampiran dengan PLN dan dengan harapan ia memudahkan ibubapa menghantar ke PLN jika terpilih kelak. Terima kasih kepada gurubesar yang terlibat iaitu Cik Lee & Pn Hazariah Bt Mohd Siran atas kesudian & kerjasama yang diberikan.

Seramai 7 pelajar terpilih dari Xiang Yang Daycare Centre (3 Lelaki & 4 Wanita) dan seramai 39 pelajar terpilih dari Koperasi Tadika Minden Pulau Pinang Berhad (23 Lelaki & 16 Wanita). Surat tawaran ke sesi seterusnya akan diedarkan pada masa terdekat dan pada sesi seterusnya, ibubapa akan diberikan sedikit taklimat tentang program pelapis dan program latihan yang akan dijalankan.

Sesi ini dilakukan oleh JLN Liu Shunan (Pelapis) & JPM Foong Kok Seng (MSNegeri). Terima kasih kepada semua yang terlibat. Diharap program ini mendapat sokongn ibubapa dan seterusnya dapat membantu Pulau Pinang mendapatkan atlet2 pelapis yang boleh mengharumkan nama negeri di masa akan datang.

Shasha Tarmuzi














0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved