Monday, November 5, 2012

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT MENEMBAK PELAPIS NEGERI 2012 PENANG, 1st - 3rd DAY

Tarikh             : 01 November 2012 (Khamis) – 1st Day
Tempat           : Kelab Menembak Pulau Pinang
  
Ketibaan atlet pada jam 4.40 petang di Kelab Menembak Pulau Pinang untuk menyimpan senjata dan talikmat daripada jurulatih. Seramai 33 orang atlet dan 13 jurulatih hadir dan lapor diri untuk kem ini.

Selepas selesai proses penyimpanan senjata, program seterusnya adalah sesi ceramah pemakanan diadakan jam 8.30 malam oleh Puan Loo Lean Hiong, Pegawai Pemakanan ISN Pulau Pinang.







Tarikh          : 2 November 2012 (Jumaat) – 2nd Day


Pergerakkan peserta kem seawal jam 7.30 pagi, daripada hotel penginapan ke Kelab Menembak dengan coaster MSNegeri. Perhimpunan pagi dimulakan dengan senaman ringan yang diketuai oleh En. Subari dan nyanyian lagu Negaraku.


Pada jam 9.00 pagi sesi ujian kecergasan telah bermula dan dikendalikan oleh En. Cheah Boon Chong dan dibantu oleh En. Sheikh Omar daripada ISN Pulau Pinang. Jenis ujian yang dijalankan ialah :

1.    Armstand
2.    Weight & Height
3.    Hand Grip
4.    Sit & Reach
5.    Maximum Pushup
6.    Sit Up
7.    Yoyo Test

Sesi petang yang bermula pada jam 2.30 petang, atlet dibahagikan mengikut acara rifle 10 meter diketuai oleh En. Sabki dan pistol 10 meter yang diketuai oleh En. Baharuddin. Jenis latihan dan ujian spesifik yang telah adakan ialah :

1.    Dry fire
2.    Grouping
3.    Shoot On Target
4.    Position
5.    Order & Command

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam di bilik ceramah Red Ginger di hotel yang dikendalikan oleh En. Firdaus Abd Rahim. Beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan dan ice breaking sesi yang 2 untuk atlet meramah mesra sesama sendiri dan membina semangat sepasukan. Aktivi yang dijalankan adalah seperti berikut :

1.    Mengenalpasti memek muka
2.    Identiti rakan sepasukan
3.    Bahasa Isyarat
4.    Mengenalpasti Kekuatan Ketua Kumpulan
5.    Komunikasi Dalam Kumpulan


Sesi ini berakhir pada jam 10.00 malam dan semua atlet dapat menambah pengetahuan dan cara untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan.












Tarikh : 3 November 2012 (Sabtu) – 3rd Day

Pergerakkan peserta kem adalah seperti biasa seawal jam 7.30 pagi ke Kelab Menembak. Sesi dimulakan dengan perhimpunan pagi. Untuk aktiviti seterusnya,
sesi senaman ringan dan slow jog diadakan di Botanical Garden yang terletak berhampiran dengan Kelab Menembak ini.


Sesi berikutnya bermula pada jam 9.30 pagi, atlet dibahagikan mengikut acara dan latihan hari ini diketuai jurulatih seperti berikut:

Acara Rifle

En Yusri Jusoh – Rifle Lelaki
En. Mohd Fauzi Mohd Nor - Rifle Wanita

Acara Pistol

Pn. Tamara - Pistol Wanita
En. Mohd Firdaus Abd Rahim – Pistol Lelaki

Jenis latihan dan ujian spesifik yang adakan ialah :

1. Sitest
2. Grouping
3. Shoot On Target
4. Position
5. Focus

Sesi psychologi bermula pada jam 8.30 malam di bilik ceramah Red Ginger di hotel yang dikendalikan oleh wakil dari Institut Sukan Negara. Beberapa aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut:

1. Ceramah Motivasi
2. Goal Setting – Penetapan Maklumat
3. Imegery – Bayangan  
4. Anxiety – Cara Untuk Mengatasi Gementar
5. Kemudahan dan Khidmat ISN
6. Aktiviti Dalam Kumpulan

Sesi ini berakhir pada jam 10.30 malam. Aktiviti ini telah banyak memberi impak positif kepada atlet. Aktiviti seperti ini perlu untuk membina kekuatan mental semasa kejohanan.

Ahmad Firdaus Yusoff









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved