Tuesday, October 2, 2012

PEMANTAUAN PPN KE PUSAT LATIHAN TINJU

Tarikh     :  18hb September 2012 (Selasa)
Masa      :  5.15 - 6.45 petang
Tempat   :  PLN Tinju, Batu Uban

Kehadiran :

1.   Pakianathan A/L Sabastin - Jurulatih 
2.   Atlet - 10 orang (Pembangunan dan Pelapis Negeri)
3.   Fatimah Binti Jamil - SDO Sukan Tinju


LATIHAN

1.   Kecergasan
2.   Tumbukan (Padding & Punching Bag)
3.   Shadow Boxing
4.   Sparring (Pelapis Negeri dengan ATM)

UJIAN
Tiada


PERTANDINGAN
Tiada


PERALATAN
Tiada


PROGRAM BINAAN

1.   Sesi Taklimat Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19 Sep. 2012
2.   Sesi Ujian Kecergasan dan Mengenalpasti Bakat Baru (TID) Sukan Tinju di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada
      26hb Sep. 2012.


ULASAN

1.   Mendapati Jurulatih Pakianathan sedang melatih atlet Pembangunan dan Pelapis Negeri.  Jurulatih Pakianathan memaklumkan bahawa Jurulatih Jhonny Kasiran berada di Indonesia atas urusan rasmi.

2.   Kehadiran Atlet Pelapis seramai 8 orang dari 12 orang yang berlatih di Pusat Latihan Tinju MSN Batu Uban, Pulau Pinang.

3.   Mendapati atlet-atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan memberikan sepenuh tumpuan kepada Jurulatih.

4.   PPN - Memaklumakan kepada Jurulatih akan mengadakan Program Sesi Taklimat dan TID di SMK Permatang Tok Labu, Penaga, SPU pada 19hb Sep dan 26hb Sep 2012.  Memohon untuk meminjam peralatan tinju seperti "Gloves dan Head Guards".

5.   Diakhir pemantauan berjumpa dengan Atlet Pelapis Negeri dan memaklumakan Kejohanan Karnival Pelapis Negeri 02/2012 akan di adakan di Selangor pada 14 - 19  Disember 2012 dan memberikan kata-kata nasihat untuk berlatih bersungguh-sungguh.

Fatimah Jamil








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved