Wednesday, October 31, 2012

LAPORAN RINGKAS KEM BAKAT OLAHRAGA PELAPIS NEGERI 2012 – Day 1

Tarikh : 30 Oktober 2012
Kem Bakat Olahraga PN 2012 ini akan berlangsung pada 30 Okt – 04 Nov 2012 bertempat di Kompleks MPSP, Jalan Betek, Bukit Mertajam. Tempat Penginapan adalah di Hotel Sri Indar, Bukit Mertajam.
Hari Pertama Kem Bakat ini berjalan dengan lancar. Semua aktiviti dijalankan di hotel penginapan. Seramai 57 orang atlet telah melapor diri. Aktiviti dimulakan dengan ucapan aluan & selamat datang oleh Ketua Unit USPTN Pulau Pinang dan diikuti taklimat ringkas perjalanan Kem Bakat oleh Puan Norishah dan Jurulatih En Manshahar.
Pada sebelah malam jam 8.30 malam pula telah diadakan perjumpaan ketua jurulatih bersama jurulatih-jurulatih PS dan PN yang terlibat pada hari esok bagi membantu program latihan yang telah diaturkan. 

Juga diadakan perjumpaan bersama SDO-SDO bagi pecahan tugas masing sepanjang kem berlangsung bagi memastikan perjalanan dan pengurusan kem berjalan dengan lancar dan berakhir jam 10.00 pada hari pertama.
Hamidi Lokman








1 comments:

myhuonglequyen April 13, 2020 at 3:32 PM  

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

Giaonhan247 chuyên dịch vụ vận chuyển hàng đi mỹ cũng như dịch vụ ship hàng mỹ từ dịch vụ nhận mua hộ hàng mỹ từ trang ebay vn cùng với dịch vụ mua hàng amazon về VN uy tín, giá rẻ.

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved