Monday, October 22, 2012

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2012 - HARI TERAKHIR

Berikut adalah keputusan kejohanan sepanjang kejohanan berlangsung bagi pasukan Pelapis Pulau Pinang

16 Oktober 2012
Pusingan Pertama / Lelaki
Penang A vs Melaka - 10/17 » kalah
Penang A vs Selangor - 06/14 » kalah
Penang A vs Lada - 09/13 » kalah
Penang A vs Unimap A - 13/09 » menang
Penang A vs PDRM - 04/22 » kalah

Pusingan Pertama / Wanita
Selangor vs Penang - 07/09 » menang
Penang vs Harimau A - 05/19 » kalah
K.Lumpur B vs Penang - 06/15 » menang
Usim B vs Penang - 08/05 » kalah

17 Oktober 2012
Pusingan Kedua / Lelaki
Penang A vs Msn Perlis - 10/11 » kalah

Pusingan Kedua / Wanita
Penang vs Oku Kelantan - 12/07 » menang

18 Oktober 2012
Top 12 / Lelaki
Tiada

Suku Akhir / Wanita
Selangor vs Penang - 16/10 » kalah

Keseluruhan, pasukan lelaki harus diambil serius kelemahan kerana keputusan perlawanan yang kurang dan rendah prestasi nya. Beberapa faktor telah dikenalpasti dan diharap jurulatih dapat memberi perhatian sewajarnya apakah kelemahan atlet dan memperbaiki nya apabila menjalani latihan kelak. Ini kerana,pendedahan kejohanan adalah sebagai satu ukuran untuk memastikan atlet menggunakan  segala teknik yang diajar semasa latihan. Diharap pasukan lelaki dapat meningkat prestasi di masa akan datang. Untuk pasukan wanita, pujian harus diberikan diatas pencapaian yang dikira boleh dibanggakan. Ini kerana,sebelum ini pasukan hanya layak bermain untuk pusingan ke-2 sahaja. Melangkah ke suku akhir merupakan pencapaian terbaik tahun ini. Sayangnya, pasukan tewas di pasukan Selangor di suku akhir tetapi pada peringkat pusingan awal,pasukan penang pernah mengalahkan pasukan ini. Nasib tidak menyebelahi dan dengan perbezaan 6 mata, Selangor telah berjaya ke separuh akhir. Diharap,pengalaman semasa kejohanan ini dapat digunakan sepenuhnya oleh atlet supaya perkara yang sama tidak berulang lagi dimasa akan datang.


Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid selaku Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia.

Dimaklumkan juga, kejohanan ini merupakan kejohanan yang terakhir untuk tahun 2012 bagi penyaluran bantuan kepada pasukan pelapis pulau pinang daripada pihak Cawangan Pelapis MSNegara. Cadangan daripada pihak kami adalah diharap selepas ini pihak PLBM dan MSNM dapat mempertimbangkan untuk menganjurkan satu kejohanan diantara pln2 yang berumur 21 tahun kebawah. Ini adalah supaya dapat memberi peluang kepada atlet bersaing sesama sendiri diantara negeri2.

Shasha Tarmuzi








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved