Friday, October 19, 2012

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN LAWN BOWLS FOURS KEBANGSAAN TERBUKA PERLIS 2012

Berikut adalah laporan ringkas kejohanan yang disertai oleh pasukan pelapis Pulau Pinang sepanjang 4 hari berada di sini.

Pasukan bergerak ke Negeri Perlis pada 15hb dengan penyertaan 2 pasukan pelapis negeri iaitu 1 pasukan lelaki & 1 pasukan wanita. Pasukan telah menginap di homestay yang cukup memuaskan dan selesa untk didiami sepanjang 6 hari berada di sini. Sepanjang perjalanan menuju ke Perlis, ia berjalan lancar dan selamat tiba dengan baik. Petang nya,pasukan telah berlatih untuk mendapatkan keserasian untuk kejohanan keesokan hari nya.

Kumpulan Lelaki ada 4 kumpulan sahaja (A,B,C,D) dan Kumpulan Wanita ada 2 sahaja (E,F). Ini bermakna sebanyak 38 pasukan yang menyertai kejohanan ini dengan pecahan 25 pasukan lelaki dan 13 pasukan yang menyertai kejohanan fours kali ini. Penyertaan ini telah disertai sebanyak 8 negeri dan 8 kelab. Berikut adalah pecahan mengikut kumpulan yang telah diundi.

Pasukan Lelaki

Kumpulan A
1. Penang C
2. Johor
3. K.Lumpur B
4. MBSA
5. USIM A
6. Harimau A


Kumpulan B
1. Penang A
2. Melaka
3. Selangor
4. LADA
5. UNIMAP A
6. PDRM
7. MSN Perlis


Kumpulan C
1. Penang D
2. Perak
3. Labuan
4. Penang E
5. UNIMAP B
6. Harimau B


Kumpulan D
1. Penang B
2. Perlis
3. K.Lumpur A
4. OKU Kelantan
5. USIM B
6. DBKL


Pasukan Wanita

Kumpulan E
1. K.Lumpur B
2. USIM B
3. Selangor
4. Penang
5. OKU Kelantan
6. Harimau A

Kumpulan F
1. K.Lumpur A
2. USIM A
3. Perak
4. Melaka
5. LADA
6. Harimau B
7. MSN Perlis


Kejohanan kali ini akan/telah mengikut 'World Bowls' dan Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM). Format pula telah diputuskan,setiap perlawanan akan berlangsung 13 ends atau 1 jam 1/2, Re-spotting the Jack dan First to Play. Sistem kejohanan akan menggunakan sistem 'round robin' dalam kumpulan dan 'qualification knock-out system'.


Pasukan wanita telah layak untuk bermain suku akhir dan bagi pasukan lelaki hanya bermain didalam kumpulan sahaja. Tetapi jumlah mata diantara pihak lawan tidak terlalu jauh seperti kejohanan2 sebelum ini. Maklumat penuh keputusan kejohanan pasukan pelapis pulau pinang akan dimaklumkan esok.

Shasha Tarmuzi








0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved