Wednesday, February 1, 2012

LAWATAN PEMANTAUAN KUN KE PUSAT LATIHAN AKADEMI SERANTAU ZON UTARA

Tarikh : 31 Januari 2012
Masa : 4.45 pm
Tempat : Politeknik Seberang Perai

Satu lawatan pemantauan bagi meninjau latihan atlet-atlet Pelapis Serantau diadakan semalam. Lawatan secara berkala ini dilakukan bagi memastikan latihan atlet serta mengadakan perjumpaan & perbincangan ringkas bersama jurulatih & atlet.

Dalam tinjauan latihan yang dilakukan, seramai 4 daripada 5 atlet turun menjalani latihan. Dimaklumkan sseorang atlet wanita tidak dapat turun menjalani latihan kurang kurang sihat. Latihan bermula pada jam 4.00 petang dan tamat pada jam 7.00 petang di bawah pengawasan jurulatih En. Gatot.

Hasil perbincangan bersama jurulatih, dimaklumkan bahawa atlet kini kekurangan arrow. Hanya 2/5 orang atlet ini mempunyai set arrow yang lengkap. Secara keseluruhan, latihan dilihat berjalan baik & lancar. Kelihatan juga warden akademi En. Adnan sedang membaiki sendiri pintu kontena yang sedikit rosak. Untuk makluman, pihak pentadbiran kini sedang menunggu kelulusan pihak Politeknik untuk pendawaian elektrik & pemasangan aircond pada kontena berkenaan untuk dijadikan bilik jurulatih & tempat alatan.





















Masa : 5.30 pm

Tempat : Stadium MPSP, B.Mertajam


Seterusnya lawatan ke Std. Olahraga dijalankan. Kesemua atlet turun menjalani latihan pada hari ini tetapi latihan tidak dapat diteruskan kerana hujan lebat & petir. Kesempatan ini diambil untuk berbincang dengan jurulatih tentang perjalanan program terkini dan akan datang antaranya keperluan dalam penganjuran Kej. Olahraga Peringkat Zon Program Pelapis yang dijadualkan pada 24-26 Februari ini.


Beberapa isu disiplin atlet diutarakan oleh jurulatih-jurulatih & diambil maklum untuk tindakan pihak pentadbiran selanjutnya.




































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved