Monday, February 27, 2012

PENERANGAN PERANAN PROGRAM MSN/PELAPIS NEGERI PULAU PINANG

Tarikh : 25 Februari 2012 (Sabtu)
Tempat : SK Sg. Bakap,SPS Pulau Pinang

Untuk makluman,pihak sekolah menjemput untuk diadakan taklimat kepada guru2 peranan msn didalam memberi peluang kepada pelajar melibatkan sukan secara serius melalui guru2 dan sekolah.Program bermula pada jam 9 pagi dengan perbentangan oleh saya sebagai wakil daripada usptn/pelapis pulau pinang. Intipati perbentangan adalah fungsi dan peranan yang di jalankan oleh pihak unit.

Selain itu,kerjasama dengan semua jabatan,agensi dan pihak berkuasa tempatan juga penting bagi mencapai kecermerlangan didalam sukan. Sokongan daripada ibubapa juga amat diperlukan bagi memastikan kejayaan atlet dapat diraih bersama.Selepas itu,telah diadakan sesi soal jawab dan diteruskan dengan perbentangan pengenalan sukan memanah. Dijalankan secara teori dan praktikal.

Diantara banyak2 sukan,sekolah ini memilih untuk mengetahui sukan memanah dengan lebih lanjut kerana pihak sekolah beranggapan sukan ini boleh diperluaskan diperingkat seberang dan 2 atlet memanah di elit berasal di sebelah seberang (daerah sps) pulau pinang iaitu cheng chu sian dan muhammad izzuddin abd rahim.

Diharap program ini dapat diteruskan dan mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan pihak kita merancang untuk diadakan satu lagi program mencungkil bakat di sebelah seberang pulau pinang. Selepas urusan perlantikan seorang lagi jurulatih oleh pihak msnpp diselesaikan,pihak saya bercadang untuk menempatkan didaerah seberang dan akan dimasukkan kedalam jkk bil 01/20122.

Shasha Tarmuzi



















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved