Wednesday, February 22, 2012

LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PPN KE KEJOJANAN MEMANAH MSSPP 2012

Pada 17hb Februari 2012 (Jumaat) saya berkesempatan memantau Kejohanan Memanah MSSPP 2012 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Mengikut jadual,kejohanan bermula 14-17 Februari 2012 di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shabuddin (SMS TSSS) Bukit Mertajam,SPS,P.Pinang.

Seramai 25 atlet pelapis menyertai kejohanan kali ini dan mewakili sekolah masing2. Kejohanan ini mempertandingkan 3 peringkat umur dengan jarak yang berlainan. Berikut adalah kategori dan jarak dan dipertandingkan.

B12 Individu Lelaki (40m,30m,25m,20m)
B12 Individu Wanita (40m,30m,25m,20m)
B15 Individu Lelaki (70m,60m,40m,30m)
B15 Individu Wanita (60m,50m,40m,30m)
B18 Individu Lelaki (90m,70m,50m,30m)
B18 Individu Wanita (70m,60m,40m,30m)
Pusingan Olimpik B12,B15,B18 L&W
Berpasukan B12,B15,B18 L&W

Berikut adalah keputusan mengikut kategori

B12 Lelaki
1. Mohd Arif M.Zaidon - 821
2. Quak Ting Ching - 817*
3. Ahmad Aidil Farhan - 815

B12 Wanita
1. Kuek Pze Yee - 1089*
2. Ezati Wardina - 992*
3. Nur Alia Azwa - 945

B15 Lelaki
1. Noor Aiman Abd Hamid - 1270*
2. Quak Ting Hua - 1238*
3. M.Faris Jamludin - 1235*

B15 Wanita
1. Meerosha - 1267*
2. Loke Shin Hui - 1152*
3. Syarfa - 1131*

B18 Lelaki
1. M.Aiman Amran - 1170
2. Chan Min Shou - 1136*
3. M.Hakimi Mat Isa - 1037

B18 Wanita
1. Sharaniyaa - 992
2. Nur Farzana - 966
3. Ezati Hanani - 932

* Atlet Program Pelapis Negeri

Keseluruhannya, atlet pelapis negeri yang beraksi di kejohanan peringkat sekolah memberikan aksi yang cemerlang dan majoriti menguasi setiap acara yang dipertandingkan terutamanya B15 L&W. Tahniah kepada yang berjaya dan usaha keras atlet yang berlatih telah membuahkan hasil dan mengharumkan nama sekolah masing2. Tahniah juga pada jurulatih dan ibubapa yang sentiasa memberi sokongan pada sukan memanah. Sekian,terima kasih.

Shasha Tarmuzi




































0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved