Sunday, February 19, 2012

LAPORAN RINGKAS KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK MSSPP 2012

Tarikh : 17-18 Februari 2012
Venue : Pusat Latihan Gimnastik Majlis Sukan Negeri

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2012 berlangsung pada 17 sehingga 18 Februari 2012. Seramai 65 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini iaitu 33 orang atlet lelaki dan 32 atlet wanita. Kejohanan yang dijalankan selama 2 hari ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pulau Pinang (MSSPP).

Juara keseluruhan kategori lelaki bawah 10 tahun ialah Teoh Chuen Feng dari SJKC Kong Min Caw 2 diikuti oleh Derrick Khoo dari SJKC Han Chiang tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Soon Khye Ze dari SJKC Kwang Hwa.Kategori lelaki bawah 12 tahun pula diungguli oleh Teoh Chuen Loong dari SJKC Kong Ming Caw 2, tempat kedua Muhammad Ammar Bin Anuar Mustafa dari SK Sungai Gelugor dan tempat ketiga Cheah Li Hong dari SJKC Kwang Hwa, Butterworth. Sementara kategori bawah 15 tahun lelaki keseluruhan pula dimenangi oleh Jeremiah Loo Phang Xing dari SMK Haji Zainal Abidin, Song Shwu Jye (SMK Bagan Jaya) kedua dan Gary Tan (SMJK Heng Ee) ketiga.

Sementara bagi Juara Keseluruhan kategori bawah 18 tahun lelaki pula dimenangi oleh Ahmad Bulya Md Amin dari SMK Abdullah Munshi, diikuti oleh Daryn Chan Yoong Xian dari SMJK Chung Ling A, tempat ketiga juga dari SMJK Chung Ling A iaitu Ti Deng Jay.Johan Keseluruhan wanita kategori bawah 10 tahun dimenangi Zarith Imaan bt Khalid dari SK Residensi kedua Eng Cheng Xin SJKC Chung Hwa B, dan ketiga Marcia Teoh SJKC Perempuan Cina.
Bagi kategori bawah 12 tahun, johan keseluruhan ialah Elleen Lim Yi Ling dari SK Minden Height diikuti oleh Fatin Nur Jeslina SJKC Yang Zhen kedua, dan ketiga Clarissa dari Dalat International School.

Kategori bawah 15 tahun wanita keseluruhan pula diungguli oleh Chiam Yee Shian dari SMK (P) Methodist, Zulaikha Khalid dari SMK (P) St George di tempat kedua dan Megan Tan Yin Mei (SMK (P) St George) di tempat ketiga.Manakala acara wanita bawah 18 tahun hanya dua orang peserta iaitu Jerelyn Loo Hwang Ping dari SMK Sri Mutiara (johan) dan Choong Chia Yee dari SMK (P) St George (naib johan). Majlis penyampaian hadiah berakhir pada jam 1.20 tengahari.

Hamidi Lokman























0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved