Friday, January 27, 2012

LAWATAN KUN KE PUSAT LATIHAN MENEMBAK

Tarikh : 27 Januari 2012
Masa : 12.00 T/Hari
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Sedikit masa diluangkan untuk meninjau latihan atlet-atlet menembak sempena cuti sekolah sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Ketika pemantauan kelihatan 10 orang atlet ( 5 org rifle & 5 org pistol) sedang menjalani latihan dibawah pengawasan jurulatih En. Ivarn Shazwan. Latihan hari ini bermula pada jam 9.30 pagi & berakhir pada jam 12.45 t/hari.

Hasil perbincangan ringkas bersama jurulatih, keseluruhannya beliau sangat berpuas hati dengan tahap disiplin serta kehadiran atlet-atlet muda ini. Atlet-atlet sedia ada ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam sesi latihan yang dijalankan.

Jurulatih juga memaklumkan tentang kekurangan alatan seperti jaket, kasut, glove serta kelengkapan lain seperti sight, sling, slight adjuster serta hook. Ketika pemantauan juga didapati ada beberapa unit jaket lama (sejak SUKMA 2000) yang telah tidak digunakan diasingkan untuk dilupus. Secara keseluruhannya, sesi latihan berjalan dengan sangat baik.




















0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved