Tuesday, November 23, 2010

PEMANTAUAN PPN - PLN TINJU

Tarikh : 22 Nov 2010 [Isnin]
Masa : 5.10 petang hingga 6.50 petang
Tempat : Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negeri, Batu Uban, Pulau Pinang

Kehadiran :

6 Atlet [4 dari PLN Titi Mukim, 1 dari PL MSNPP dan 1 dari Kelab India Star]
3 Jurulatih [1 JSM Cawangan Pelapis, 1 JLN MSNPP dan 1 JL Kelab India Star]
Presiden dan Setiausaha Persatuan tidak dapat hadir atas sebab urusan rasmi.

Aktiviti yang di jalankan sepanjang pemantauan :

1. Memantau Latihan Sparring - Atlet yang hadir untuk menjalani Latihan Sparring adalah mereka yang akan ke Kejohanan Remaja Kebangsaan 2010 di MSN Taman Keramat, Kuala Lumpur pada 30 November hingga 5 Disember 2010.

2. Hasil Perbincangan PPN bersama Jurulatih dan Penyelaras Sukan Tinju MSNPP :

2.1. PPN memaklumkan seramai 6 atlet akan ke Kejohanan Remaja Kebangsaan dan JSM Zainuddin tidak dapat bersama. Cadangan dibuat untuk mengantikan Jurulatih Kelab India Star oleh Penyelaras Sukan MSNPP dan dipersetujui oleh JLN MSNPP dan JSM Cawangan Pelapis.

2.2. Penyelaras Sukan MSNPP dan JLN MSNPP memaklumkan agar atlet yang akan dipilih untuk bersama Skuad Sukan Malaysia XIV 2011 menjalani latihan di Pusat Latihan MSNPP. Keputusan dari JSM Cawangan Pelapis dan Jurulatih Kelab India Star tiada masalah.

2.3. PPN memaklumkan kepada Penyelaras Sukan MSNPP dan JLN MSNPP untuk memberikan nama atlet dari PL MSNPP yang akan diserapkan ke dalam Program Cawangan Pelapis Negeri bagi tahun 2011 pada bulan Januari 2011. Dipersetujui oleh Penyelaras Sukan dan JLN.

Diakhir perbincangan PPN mengucapkan terima kasih kepada Penyelaras Sukan MSNPP, Jurulatih dan Atlet diatas kehadiran mereka.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.













0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved