Tuesday, November 9, 2010

ATLET SILAT NEGERI & OLAHRAGA ASZU TERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR POLITEKNIK 2010

SALAM…

UNIT SUKAN DAN KOKURIKULUM BAGI PIHAK POLITEKNIK SEBERANG PERAI MENGUCAPKANTERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DARI PIHAK MAJLIS SUKAN NEGARA KHUSUSNYA UNIT SUKAN PRESTASI TINGGI ATAS MEMBANTU KECEMERLANGAN SUKAN YANG TELAH DITUNJUKKAN OLEH ATLIT-ATLIT PSP DALAM MENGHARUMKAN NAMA PSP DI PERSADA NEGARA.

BARU-BARU INI TELAH DIADAKAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR POLITEKNIK 2010 BERLANGSUNG DI D’VILLAGE MELAKA IAITU PADA 22 HINGGA 24 OKTOBER 2010. UNIT SUKAN PSP TELAH MENCALONKAN DUA ORANG ATLIT IAITU NORSYAFIQAH BT SUHAIMI PELAJAR DARI JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN YUVARAJ A/L PANERSELVAM PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMPUTER UNTUK PENCALONAN OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI.

KEDUA-DUA PENCALONAN TERSEBUT BERJAYA MEMBAWA ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI PERINGKAT ZON UTARA DAN LEBIH MEMBANGGAKAN OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN JUGA DIMENANGI OLEH ATLIT DARI PSP IAITU NORSYAFIQAH BT SUHAIMI. YUVARAAJ A/L PANER SELVAM TIDAK HADIR KE MAJLIS BERKENAAN KERANA BERADA DI JAMAICA UNTUK PROGRAM LATIHAN.

SEKIAN TERIMA KASIH

Sumber : En. Abd. Majid Udin, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

Norsyafiqah..Atlet Silat Negeri Pulau Pinang





1 comments:

azrul November 9, 2010 at 5:11 PM  

Tahniah.....good job USPTN PP

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved