Saturday, November 13, 2010

PEMANTAUAN PLN MENEMBAK & SKUASY

Tarikh : 13.11.2010
Masa : 11.00 – 12.00 pm
Tempat : Kelab Menembak Pulau Pinang

Masa lapang cuti pada hari ini diambil untuk memantau latihan atlet-atlet menembak. Ketika lawatan, kelihatan 8 atlet pistol, 6 atlet rifle atlet sedang menjalani latihan di arena 10 meter.

Latihan berjalan baik & lancar yang dikendalikan oleh En. Ivarn & En. Ahmad Fahmie. Perbincangan ringkas juga dilakukan bersama SU Kelab & Jurulatih bagi mendapatkan info-info terkini tentang program latihan & prestasi atlet. Antara makluman lain adalah :

Kejohanan Menembak Piala TYT (Terbuka)
14 November 2010
Bermula jam 9.00 pagi
Kesemua atlet yang berada di bawah Program akan menyertai Kejohanan ini.

Kem Atlet Menembak
Tarikh akan di tetapkan
Tempat cadangan adalah di Penang Water Sports Centre @ PBA Camp.

SU Kelab memaklumkan tentang cadangan untuk mengadakan kejohanan dalaman untuk atlet-atlet sebagai persediaan menyertai kejohanan luar. Saya juga mencadangkan agar atlet-atlet dari Perak, Kedah & Perlis juga dijemput bagi memeriahkan kejohanan.





@ Skuasy Centre
Masa : 12.40 – 1.10 pm

Kesempatan juga diambil untuk meninjau latihan atlet skuasy. Ketika lawatan, JPM Mr. Khoo sedang menjalankan tugas beliau. Dimaklumkan program latihan hari ini bermula seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti luar (jogging) di Bukit Dumbar.

Jurulatih juga memaklumkan atlet2 ini akan menyertai dua (2) kejohanan pada penghujung tahun ini. Selain itu juga kejohanan junior negeri akan diadakan pada 18-21 November ini yang melibatkan atlet-atlet bawah 19 tahun.










0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved