Tuesday, November 2, 2010

KARNIVAL PELAPIS NEGERI 2/2010 NS - MEMANAH

Berikut adalah laporan ringkas Sukan Memanah Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 Negeri Sembilan.

Karnival Pelapis Sirkit 02/2010 kali ini diadakan di Negeri Sembilan Darul Khusus dan ia bermula 27hb sehingga 31hb Oktober 2010. Sebanyak 8 sukan di pertandingkan iaitu sukan Angkat Berat, Olahraga, Memanah, Menembak, Tinju, Sepak Takraw, Terjun dan Gimrama. Kontigen Pulau Pinang telah menghantar 7 sukan untuk menyertai karnival kali ini (Semua sukan kecuali Gimrama).

Pertandingan sukan Memanah telah dijalankan di Institut Perguruan Raja Melewar. Pasukan Pulau Pinang telah mengambil bahagian didalam 2 (dua) kategori iaitu Kategori 1 dan Kategori 2. Berikut adalah senarai nama pasukan memanah yang menyertai karnival kali ini :

Pengurus Pasukan : Shasha Tarmuzi
Jurulatih Pelapis : Jaffery Low
Jurulatih MSNegeri : Shamani a/p Ganesen

Atlet Kategori 1
1. Chan Min Shou
2. Chan Min Xhao

Atlet Kategori 2
1. Ahmad Hadi Ahmad
2. Harith Suffi Hasnan
3. Quak Ting Hua
4. Noor Aiman Abdul Hamid
5. Tan Chin Hong
6. Mohd Sharimin Rashid
7. Meerosha Balakrisnan
8. Nur Naseha Rusli
9. Hurunnain Abd Aziz

Dua (2) atlet tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan dan mereka ialah :
1. Nik Muhammad Izzuan Mohamad - Suspek Denggi
2. Dennis Koay Ting Fan - Demam

Keseluruhannya, pasukan memanah telah membawa pulang 1 pingat perak & 2 pingat gangsa dalam acara berikut :

1. Meerosha Balakrisnan - Pingat Gangsa Acara 50m Kategori 2 (Wanita) / Skor 505
2. Nur Naseha Rusli - Pingat Gangsa Acara 30m Kategori 2 (Wanita) / Skor 596
3. Berpasukan Kategori 2 (Wanita) - Pingat Perak / Skor 2855

Tahniah kepada atlet yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi dimasa akan datang. Jumpa lagi.....TQ

--
Shasha Tarmuzi











0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved