Wednesday, November 10, 2010

LAPORAN KEJOHANAN LUMBA BASIKAL TERBUKA LELAKI DAN WANITA PIALA DAERAH BARAT DAYA 2010

Tarikh :7 November 2010
Tempat : Sungai Ara dan jalan sekitarnya
MASA : 8.45 pagi

ATLET : 33 atlet ( 28 lelaki & 5 wanita)
JURULATIH : En. Zahari dan En. Syukur

Kejohanan Lumba Basikal Terbuka Lelaki dan Wanita Piala Daerah Barat Daya 2010
telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal Daerah Barat Daya.Perlumbaan ini bermula pada pukul 8.45 pagi. Garis permulaan dan tamat adalah di hadapan SK Mutiara Perdana, Sungai Ara. Berhampiran Kem 2 Askar Melayu.

Perlumbaan ini disertai oleh 33 orang pelumba (28 Lelaki & 5 Wanita). Bagi kategori lelaki diungguli oleh Mohd Yazrul Hissham dari ASZU diikuti oleh Muhammad Elmi Jumar (ASZU) di tempat kedua manakala tempat ketiga dimenangi oleh Ahmad Firdaus b. Abd Karim juga dari pasukan ASZU. Bagi kategori wanita, Pasukan ASZU sekali lagi mendominasi 4 tempat teratas melalui Norazimah bt Abd Rashid di tempat pertama, Dayang Nor Fitri bt Zahrain pula ditempat kedua dan Nurul Shanfinas bt Moklas di tempat ketiga.

Perlumbaan terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan dan keadaan jalan agak merbahaya kepada pelumba-pelumba. Perlumbaan dan majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 11.00 tengahari.

Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman









0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved