Friday, February 18, 2011

TID SUKAN ANGKAT BERAT - SMK PERMATANG TOK LABU, SEBERANG PERAI UTARA

Tarikh : 16 Februari 2011 (RABU)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SMK Permatang Tok Labu
Jurulatih : En. Faizulzalham B. & En. Jamil Hashim


Jumlah : 36 Murid Perempuan & 32 Murid Lelaki Tingkatan 2
Murid 16 Murid Perempuan & 23 Murid Lelaki Tingkatan 1

PLN : Titi Mukim (Daerah Seberang Perai Utara)

Ulasan TID

Sesi TID ini telah diadakan pada jam 10.00 pagi berhadapan bangunan SMK Permatang Tok Labu. Seramai 39 orang murid lelaki dan perempuan tingkatan 1 dan 68 orang murid yang berminat dan terpilih untuk sesi TID pertama.

Peralatan yang digunakan untuk sesi TID ini ialah 1 bar lelaki, 2 plate 10 kg dan 2 plate 5kg . Adik Mohd Haris Che Pi, Adik Mohd Syakir dan Adik Suhaila Saadin atlet angkat berat pelapis telah dijemput untuk mendemostrasi teknik snatch dan clean & jerk.

Pihak sekolah juga telah bersetuju untuk menubuhkan kelab Sukan Angkat Berat dalam usaha memperkembangkan sukan ini di peringkat akar umbi. Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Tn. Hj. Ismail telah membantu menguruskan murid-murid untuk sesi TID dan demostrasi sukan angkat berat ini dengan teratur. Hasil rundingan dengan Pengetua Sekolah En. Mohamad, beliau telah bersetuju untuk menjadikan sekolah sebagai pusat latihan sukan angkat berat di Seberang Perai Utara.

Cadangan

JSM En Jamil Hashim akan memindahkan peralatan dari titi mukim ke SMK Permatang Tok Labu setelah mendapat bilik darjah yang sesuai untuk dijadikan tempat latihan yang sesuai.

Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerja sama Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang akan membantu dari aspek kemudahan peralatan dan program binaan untuk atlet yang terpilih untuk menyertai program pelapis.

Penghargaan

Sekalung penghargaan kepada pihak SMK Permatang Tok Labu kerana telah menjayakan sesi TID Angkat Berat di Daerah Seberang Perai Utara. Dengan harapan kerjasama ini dapat diteruskan untuk menjana atlet yang cemerlang.


Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff




















Read more...

Wednesday, February 16, 2011

MSSPP GIMNASTIK ARTISTIK - 1st Day

Tarikh : 16 – 18 Februari 2011
Tempat : Akedemi Gimnastik MSNPP, Batu Uban

Kejohanan Gimnastik Artistik MSSPP 2011 telah bermula pada hari ini (16/2/2011) sehingga 18/2/2011. Lebih kurang 40 orang atlet telah menyertai kejohanan kali ini. Hari ini 2 acara telah dipertandingkan iaitu senaman lantai lelaki dan batang titian wanita.

Bagi acara senaman lantai lelaki bawah 10 tahun Teoh Chuen Feng dari SJKC Shang Wu memenangi pingat emas diikuti oleh Derrick Khoo pingat perak dan pingat gangsa dimenangi oleh Ng Chun Chen.

Acara senaman lantai lelaki bawah 12 tahun pula diungguli oleh Teoh Chuen Loong dari SJKC Kong Ming 2, pingat perak Lim You Jou dan gangsa Cheah Li Hong. Sementara kategori bawah 15 tahun acara senaman lantai lelaki pula dimenangi oleh Jeremiah LooPhang Xing dari SMK Haji Zainal Abidin, Ahmad Bulya Md Amin pingat perak, dan Soong Swyu Jye pingat gangsa

Untuk acara batang titian wanita bawah 10 tahun dimenangi oleh Fatin Nur Jeslina SJKC Yang Zhen, pingat perak Jennifer Ting, dan pingat gangsa Lim Yuan Ying. Bagi kategori bawah 12 tahun, Elleen Lim Yi Ling dari SK Minden Height telah memenagi emas diikuti oleh Lim Xuan Ying pingat perak, dan pingat gangsa Zalikha Khalid

Kategori bawah 15 tahun pula diungguli oleh Jerelyn Loo Hwang Ping dari SMK Sri Mutiara, Rachel Yeoh Li Wen di tempat kedua dan Zulaikha Khalid tempat ketiga. Manakala acara batang titian wanita bawah 18 tahun hanya seorang peserta iaitu Tan Sue Fen.

Pertandingan hari ini berakhir pada pukul 1.30 tengahari

Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman









Read more...

PROGRAM PSIKOLOGI SUKAN DAN SUAIAN FIZIKAL ATLET GIMRAMA

Tarikh : 12 Februari 2011
Tempat : Akedemi Gimrama MSNPP, Batu Uban
Atlet : 17 atlet
Jurulatih : Byun Sangmi

Pegawai ISN : Puan Mariani binti Senawi
Cik Nur Diana bt Abu Hassan

Program Psikologi Sukan dan Suaian Fizikal atlet Gimrama bersama ISNPP telah diadakan buat pertama kali atas permintaan daripada Jurulatih Byun Sangmi. Program ini akan dijalankan secara berterusan kepada atlet-atlet gimrama dari masa ke semasa.

Program ini bermula pada pukul 1.30 tengahari selepas sesi latihan selesai. Seramai 17 orang atlet hadir pada sesi ini. Sesi pertama yang diadakan ialah Psikologi Sukan yang dikendalikan oleh Cik Nur Diana. Beberapa aktiviti permainan telah diadakan untuk melihat semangat kerjasama dan tindakbalas atlet-atlet kepada arahan-arahan yang diberikan. Kerjasama daripada para atlet amat menggalakkan. Di akhir sesi Psikologi Sukan, atlet-atlet diminta menyanyikan lagu untuk menaikkan semangat Negeri Pulau Pinang.

Sesi seterusnya ialah sesi Suaian Fizikal yang dikendalikan oleh Puan Mariani. Ini merupakan sesi pertama ISNPP bersama atlet-atlet gimrama. Jadi, aktviti latihan yang diberikan adalah untuk menguji pengetahuan atlet-atlet tentang kepentingan latihan yang dilakukan dan kaitannya dengan tubuh badan atlet itu sendiri. Selepas itu, atlet diminta untuk menjawab beberapa soalan tentang latihan dan otot-otot yang terlibat dalam latihan tersebut.
Program ini berakhir pada pukul 3.30 petang.


Disediakan oleh
Hamidi bin Lokman








Read more...

Wednesday, February 9, 2011

TID SUKAN ANGKAT BERAT @ SMK ABDULLAH MUNSHI, GEORGETOWN

Tarikh : 08 Februari 2011
Masa : 9.00 am

J/Latih : Mohd Faizulzalham Sazaly
Jumlah Pelajar : 60 orang

Ulasan TID

Pada 8 Februari 2011 jam 9.00 pagi sesi pencarian bakat untuk sukan angkat berat diadakan di SMK Abdullah Munshi sebanyak 5 kelas dari tingakatan 1 dan 5 kelas dari tingkatan 2 yang menyertai program TID ini.

Peralatan yang digunakan untuk sesi TID ini ialah 1 bar lelaki dan 2 plate 10 kg. JSM En Faizul telah memberi penerangan dan demostrasi kepada pelajar untuk memahami teknik snatch dan clean & jerk sukan angkat berat.

Pihak sekolah juga telah memberi kerjasama dan bercadang untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai Pusat Latihan Daerah. Puan Pengetua juga telah bersetuju dan tidak ada halangan untuk menjalankan akitiviti tersebut malah akan menyediakan pengakutan bas seminggu 2 kali ke MSNPP untuk atlet menjalani latihan dengan atlet senior.

JSM En. Faizul bercadang untuk mengadakan latihan di SMK Abdullah Munshi pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Beberapa peralatan akan dipohon dari pihak MSNPP dan Persatuan Angkat Berat Amatur Pulau Pinang supaya latihan dapat dijalankan dengan lancar.

Seramai 35 orang pelajar telah terpilih dalam TID kali ini dan perlu mengikuti fasa seterusnya di Gym (PLN) sebelum diserap ke dalam Program.

Isu berbangkit

Satu perbincangan dengan Presiden PABAPP akan diadakan dalam masa terdekat untuk memohon peralatan dan penambahbaikan aktiviti bagi tahun 2011.

Laporan Oleh : Ahmad Firdaus Yusoff










Read more...

Monday, February 7, 2011

SANTAI & CERIA @ HARI KELUARGA

Tarikh : 06 Februari 2011
Tempat : PPR Desa Wawasan, B.Mertajam

Program Hari Keluarga penduduk PPR Desa Wawasan telah dianjurkan pada Ahad lalu di Padang PPR berkenaan. Seramai 25 orang atlet bersama Warden & PT ASZU juga di jemput untuk sama-sama memeriahkan program yang dianjurkan ini.

Pelbagai acara sukaneka telah dijalankan antaranya boling kelapa, lari ikat kaki, cari harta karun, tarik tali & kerusi berirama. Di harap penganjuran program seumpama ini dapat merapatkan lagi hubungan sillaturrahim di kalangan penduduk setempat dengan warga ASZU.














Read more...

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved