Monday, November 26, 2018

LAPORAN KEJOHANAN GIMNASTIK ARTISTIK WANITA KEBANGSAAN 2018

Tarikh :   24 hingga 25 November 2018
Tempat : Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara

Majlis Sukan Negara Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Gimnastik Malaysia telah menganjurkan Kejohahanan Gimnastik Artistik Wanita Kebangsaan 2018 pada 24 hingga 25 November 2018 (Sabtu  hingga Ahad) bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia, Bukit Jalil.

Mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Gimnastik Artistik dijalankan pada 23 November 2018 bermula jam 6.00 petang dan pertandingan akan bermula pada 24 November 2018.  Atlet pelapis gimnastik artistic telah menjalani latihan rasmi bermula jam 5.00 petang hari ini. Pada kejohanan ini hanya atlet wanita yang terlibat memandangkan tiada pertandingan bagi MAG.

Sebanyak 7 negeri telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu Pulau Pinang, Sarawak, Perak, Melaka, Pahang, Sabah dan  Selangor.

Kejohanan pada kali ini pasukan dari Pulau Pinang telah mengambil bahagian kategori junior. Pendaftaran telah dilakukan seramai 5 orang. Berikut merupakan keputusan kejohanan kebangsaan bagi atlet pelapis Pulau Pinang pada 25 November 2018.

Kategori : JUNIOR
KITTY  LIAM JIA XUAN
Senaman Lantai – 8.700 (13/16)
Melombol – 9.900 (13/16)
Palang Bertingkat – 7.167 (10/17)
Batang Titian – 7.800 (12/17)
Individu – 34.433 (10/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)

ENG CHENG XIN
Senaman Lantai – 9.600 (8/16)
Melombol – 11.183 (4/16)
Palang Bertingkat – 7.333 (8/17)
Batang Titian – 8.400 (9/17)
Individu – 36.133 (8/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)

JULIA LOKE CHEN NI
Senaman Lantai – 10.550 (5/16)
Melombol – 12.717 (1/16)
Palang Bertingkat – 6.833 (12/17)
Batang Titian – 6.750 (14/17)
Individu – 36.567 (7/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)

RACHEL QUAH JIA YEE
Senaman Lantai – 9.900 (7/16)
Melombol – 11.133 (6/16)
Palang Bertingkat – 2.533 (17/17)
Batang Titian – 10.200 (4/17)
Individu – 33.467 (11/17)
Berkumpulan  – 144.800 (1/3)

MARCIA TEOH YAN SHAN
Senaman Lantai – 8.800 (12/16)
Melombol – 9.933 (14/16)
Palang Bertingkat – 6.633 (13/17)
Batang Titian – 5.850 (16/17)
Individu – 30.417 (14/17)
Berkumpulan – 144.800 (1/3)

Akhir sekali untuk Kejohanan Gimnastik Artistik Wanita Kebangsaan 2018 pasukan Pelapis Pulau Pinang Berjaya membawa pulang 2 Emas. Pihak Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan teruskan usaha untuk ke peringkat seterusnya.

Sekian,  terima kasih

Laporan disediakan oleh
Nursyafiqah Binti Salamat

0 comments:

Post a Comment

About This Blog

  ©Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Pulau Pinang (C) 2009-2010. All rights reserved